Permohonan eGTukar Cikgu ini Diluluskan Sendiri oleh YB Dr. Madzlee Malik ini adalah terkini daripada Dr. Madzlee Malik sendiri melalui akaun Twitter miliknya.
Cikgu Abdullah Kadir merupakan seorang guru novis mata pelajaran Pendidikan Islam yang sering kali membuat perkongsian berkaitan Bahan Bantu Mengajar (BBM) di laman Facebook berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Bangsar. Disebabkan kemalangan jalan raya yang menimpa beliau pada 26 Mac (2018) yang lalu menyebabkan beliau kehilangan tangan kanan menyebabkan beliau memohon pertukaran untuk berada dekat dengan keluarga tercinta dengan mengisi Sistem Permohonan Pertukaran Guru eGTukar.
Cikgu Abdullah, meluahkan isi hati beliau berkaitan perkara ini pada laman Facebook miliknya dan alhamdulillah, mendapat perhatian banyak pihak yang prihatin sehingga ‘sampai’ kepada YB Dr. Madzlee Malik, Menteri Pendidikan.
Atas keprihatinan itu, Dr. Madzlee Malik melalui laman Twitter miliknya menyatakan bahawa beliau telah meluluskan permohonan pertukaran Cikgu Abdullah Kadir.
Admin mewakili warga Sistem Guru Online mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada Cikgu Abdullah Kadir atas permohonan pertukaran yang telah diluluskan sendiri oleh YB Dr. Madzlee Malik dan kepada Dr. Madzlee Malik, kami mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH atas keprihatinan YB berkaitan perkara ini.
Atas maklum balas daripada Menteri Pendidikan ini, Cikgu Abdullah Kadir mengucapkan penghargaan daripadanya kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada beliau melalui akaun Facebook miliknya.
“Terima kasih YB Menteri Dr Maszlee sangat prihatin. Terima kasih mereka yang bertungkus lumus membantu saya. Terima kasih rakan guru yang viralkan dan mendoakan kes saya. Terima kasih semua yang prihatin.”
“In Shaa Allah saya akan terus berbakti mendidik anak bangsa.”
Jom follow akaun Facebook Cikgu Abdullah Kadir di SINI.
Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Permohonan eGTukar Cikgu ini Diluluskan Sendiri oleh YB Dr. Madzlee Malik memberikan informasi terkini lagi sahih kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.