Pengenalan kepada Pelaksanaan KSSM Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI)

PENGENALAN KEPADA PELAKSANAAN KSSM

Pengenalan kepada Pelaksanaan KSSM Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) ini adalah berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 19 Tahun 2016 bertajuk Pelaksanaan Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas di Sekolah Menengah bertarikh 29 Disember 2016. Surat siaran ini berkuat kuasa mulai hari pertama sesi persekolahan tahun 2017.

Pengenalan

Surat siaran ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan 10 Mata Pelajaran Elektif lkhtisas
(MPEI) pada peringkat menengah atas bermula dengan murid Tingkatan 4 pada tahun
2017 seperti dalam Surat Pekelillng Ikhtisas Bilangan 9 Tahun 2016: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Secara Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2017, bertarikh 2 November 2016.

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) MPEI mula dilaksanakan di Tingkatan 4 pada tahun 2017 bagi menggantikan 10 mata pelajaran elektif dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada peringkat menengah atas untuk memenuhi keperluan dan perkembangan teknologi semasa.

KSSM MPEl telah ditambah baik dengan memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah, dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing pada peringkat global.

Kurikulum MPEI digubal berdasarkan kompetensi yang merujuk kepada standard industri, badan profesional serta badan pensijilan kebangsaan dan antarabangsa. MPEI Juga menyediakan asas yang kukuh bagi murid melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama ke peringkat tertiari dan secara langsung menguasai kompetensi standard industri.

Mata Pelajaran KSSM MPEI

Berikut merupakan 10 mata pelajaran KSSM MPEI yang menggantikan mata pelajaran elektif KSBM:

Presentation1

  1. Pihak sekolah hendaklah menggunakan Dokumen Standard Sekolah Menengah (DSKP) bagi semua mata pelajaran MPEI yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  2. Peruntukan masa minimum bagi MPEI adalah 96 jam setahun. Pihak sekolah perlu menyediakan jadual waktu persekolahan berdasarkan peruntukan masa tersebut.
  3. MPEI yang ditawarkan di sekolah hendaklah menggunakan infrastruktur, peralatan, dan guru mata pelajaran elektif (KBSM) sedia ada bagi memenuhi keperluan kurikulum mata pelajaran.

Dapatkan ” DSKP 10 Mata Pelajaran Elektif  Ikhtisas (MPEI) KSSM Tingkatan 4 dan Tingkatan 5″ di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : DSKP 10 Mata Pelajaran Elektif  Ikhtisas (MPEI) KSSM Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

  1. Himpunan Terbaik DSKP KSSM Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) Tingkatan 4
  2. Himpunan Terbaik DSKP KSSM Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) Tingkatan 5

SUMBER: BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

Syarat Pelaksanaan MPEI di Sekolah Menengah

Bagi sekolah yang ingin menambah dan menawarkan MPEI perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Mempunyai bilangan bilik. darjah atau ruang fizikal yang mencukupi dan sesuai untuk pelaksanaan mata pelajaran.
  2. Mendapat kebenaran penawaran mata pelajaran daripada Pendaftar lnstitusi Pendidikan dan Guru di negeri masing-masing.
  3. Mempunyai peralatan serta guru berkelayakan mengikut keperluan kurikulum mata pelajaran berkaitan.
  4. Minimum bilangan murid adalah 15 orang.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Pengenalan kepada Pelaksanaan KSSM Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) memberikan informasi terkini lagi sahih kepada anda semua. Admin akan kemas kini berkaitan perkara ini dari semasa ke semasa. Semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.