Pemakaian Kasut Hitam Dilaksanakan Bermula Tahun Depan adalah kenyataan terkini daripada YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan dalam sesi Bicara Minda Sinar Harian hari ini (19 Julai 2018).

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah bermula tahun hadapan (tahun 2019). Ini berikutan harapan ibu bapa yang meminta agar anak-anak mereka menggunakan kasut hitam semasa berada di sekolah.
“Ramai ibu bapa mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut putih. Baiklah, mulai tahun depan, murid-murid akan memakai kasut hitam, bukan kasut putih lagi,” katanya
Tonton Video Kenyataan daripada YB Dr. Maszlee Malik berkaitan Perkara ini di sini
Selain itu Dr Maszlee berkata, kementeriannya komited untuk mengurangkan beban pelajar yang dilihat menggalaskan beg sekolah yang berat.
Beliau juga berhasrat untuk menyaksikan pelajar sekolah menguasai lebih dua bahasa menerusi sistem pendidikan negara.
SUMBER: ASTRO AWANI
Penutup
Semoga perkongsian ini iaitu Pemakaian Kasut Hitam Dilaksanakan Bermula Tahun Depan memberikan informasi terkini berkaitan dunia pendidikan kepada anda semua. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan terkini lagi sahih serta terbaik dari semasa ke semasa.