Kes Pedofilia – KPM Teliti Cadangan Ujian Psikiatri kepada Bakal Guru

Sajada Porthopedic Sakit Lutut dan Sakit Pinggang

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Kes Pedofilia – KPM Teliti Cadangan Ujian Psikiatri kepada Bakal Guru ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mencegah kes pedofilia dalam kalangan guru ini daripada terus berlaku.

Berhubung dengan kes pedofilia yang tular baru-baru ini iaitu Kes Pencabulan Murid oleh Guru Pedofilia, Kementerian Pendidikan Malaysia akan membuat penilitian bagi cadangan pelaksanaan Ujian Psikiatri kepada bakal guru.

Artikel berkaitan perkara ini daripada Kosmo Online:

Kementerian Pendidikan Cadang Laksana Ujian Psikiatri kepada Bakal Guru, Kurangkan Jenayah Pedofilia

Kementerian Pendidikan tidak menolak kemungkinan untuk melaksanakan ujian psikiatri terhadap bakal guru sebagai inisiatif bagi mengurangkan kes-kes jenayah seksual seperti cabul terhadap pelajar.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, ujian tersebut sebagai saringan bagi memastikan TIADA individu yang mempunyai kecenderungan pedofilia diterima sebagai guru.

“Itu (ujian psikiatri) merupakan cadangan yang baik dan akan diteliti dengan lebih lanjut. Kementerian tidak akan bertolenrasi dan memberi muka terhadap mana-mana pihak melakukan jenayah termasuk pedofilia.

“Pada era baharu pendidikan ini, kita memberi jaminan untuk sentiasa mejaga kepentingan pelajar dan wanita,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang.

Beliau berkata demikian selepas mengulas pendedahan seorang aktivis sosial yang mendakwa dua orang murid telah dicabul seorang guru sewaktu mengikuti kursus satu mata pelajaran di sebuah resort baru-baru ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi menerusi laman mikro, Twitternya mendakwa kes cabul berkenaan telah diketahuinya sejak April lalu namun melalui laluan sukar untuk dibawa ke muka pengadilan berikutan tiada sokongan sehinggalah dua murid berkenaan membuat pengakuan kepada ibu bapa masing-masing. – K! ONLINE

Penutup

Semoga inisiatif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia ini dapat mencegah kes pedofilia daripada terus berlaku khususnya dalam kalangan guru kerana anak-anak itu amanah untuk dijaga, bukannya “dirosakkan”. Ingat, kitalah IBU BAPA kepada murid-murid di sekolah. Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Kes Pedofilia – KPM Teliti Cadangan Ujian Psikiatri kepada Bakal Guru memberikan informasi terkini lagi sahih kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

 

Vote 5 Star