Kes Guru Cabul Murid Diambil Tindakan Serius

 

KES

Kes Pencabulan Murid diambil Perhatian Serius ini adalah terkini berkaitan kes pencabulan guru terhadap murid sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberi kerjasama penuh dengan pihak polis berhubung siasatan kes pencabulan guru terhadap murid sekolah yang didedahkan seorang aktivis sosial hari ini.

Menterinya, Dr Maszlee Malik yang menzahirkan rasa sedih dan marah susulan pendedahan oleh Syed Azmi Alhabshi di laman sosialnya berhubung isu itu, menegaskan langkah-langkah sewajarnya akan diambil untuk membanteras gejala itu daripada berleluasa.

IMG 3508

“Terima kasih @AmiKimmy atas usaha membongkar kes pencabulan oleh guru ini. Saya amat sedih dan marah apabila terjadi kes-kes sebegini dan berjanji pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan polis.

“KPM komited untuk memastikan hak kanak-kanak sentiasa dipatuhi dan keselamatan mereka terutamanya semasa berada di sekolah diutamakan oleh semua pihak lebih-lebih lagi oleh warga pendidik,” katanya menerusi catatan di laman Twitternya hari ini.

Beliau juga menegaskan anak-anak perlu dilindungi dengan sebaiknya di sekolah dan menggesa pihak guru, sekolah dan ibu bapa untuk tampil ke hadapan membuat laporan apabila timbulnya perkara seperti itu.

Syed Azmi, dalam catatannya di Facebook mendedahkan perlakuan seorang guru yang didakwa melakukan pencabulan anak-anak di sekolah dengan yang terbaru melakukan perbuatan itu terhadap dua anak muridnya di sebuah resort kononnya ketika mengikuti kursus satu mata pelajaran, baru-baru ini.

Kes yang didakwa telah diketahuinya sejak April lepas itu bagaimanapun dikatakan melalui laluan sukar untuk dibawa ke muka pengadilan berikutan tiada sokongan sehinggalah dua murid berkenaan membuat pengakuan kepada ibu bapa masing-masing.

Susulan itu, dua laporan polis telah dibuat dan guru itu ditahan reman beberapa hari lepas

SUMBER: Bernama

Responds daripada YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia melalui akaun Twitternya berkaitan perkara ini:

IMG 3516 IMG 3517 IMG 3518

PENCABULAN ANAK-ANAK DI SEKOLAH.

Firstly, saya tahu kes ni dah lama, April 2018, tapi sebab ia melibatkan institusi pendidikan dan pada waktu tu semua kes saya di sekolah bagi saya tidak berjaya memelihara anak-anak di sekolah, saya carik jalan lain.

Tapi kes ini tidak mungkin dapat saya lakukan kalau bukan sebab kesungguhan para guru di sekolah tersebut. Sehingga guru yang dituduh itu telah ditahan reman minggu less than 48 hours ago by the time post ini ditulis, semua taktik menyelamatkan anak-anak di situ telah kami jalankan sebab takde sokongan dan tiada jalan lain.

This is what happened:
Guru ini telah ditahan reman berikutan baru-baru dia telah membawa 2 anak murid ke resort (dan mencabul mereka) tetapi memberitahu ibu bapa bahawa hendak membawa mereka ke kursus belajar satu mata pelajaran. Anak murid memberitahu ibu bapa mereka dan 2 laporan polis telah di buat.

Sadly menurut polis ini bukan rekod polis kali pertama terhadap cikgu itu.

Pegawai PPD dan polis sudah hadir ke sekolah.

Admin sekolah baru nak gelabah.

FINALLY!!

Kronologi kes:
Pada waktu laporan kes pada saya, terdapat lagi budak-budak yang dicabul dan masih lagi di bawa tidur oleh guru tersebut.

Lokasi CONFIRM berlaku kes cabul :
– Kuarters guru. 
– Resort dan Hotel.

Modus Operandi :
– Berpindah ke sekolah tersebut kurang dari 5 tahun. 
– Dia minta hanya ingin mengajar tahun 5,6 sahaja. Katanya tak reti ajar tahap rendah (1,2,3)
– Dia akan bina hubungan baik dengan murid dan ibubapa.
– Layanan kepada murid tahap guru lain tak mampu nak buat bahkan ibubapa sendiri tak mampu nak buat seperti lap peluh murid di padang.
– Murid-murid rasa terhutang budi dan seronok dgn dia. Dia akan bawa murid pergi jalan-jalan, makan-makan, tidur hotel, mandi dan berkelah
– Ibubapa pula sangat percayakan cikgu tersebut sebab dia sentiasa jaga hubungan dengan mereka.
– Bunyi baik, (contoh bila ada latihan sukan, dia akan minta murid-murid lelaki beritahu ibubapa yang mereka boleh tidur di rumah cikgu. Padahal malamnya dia akan “guna” budak-budak ini untuk kepuasan dirinya.
– Murid-murid memang tak akan beritahu sesiapa, termasuk ibubapa dan guru-guru lain.

Untuk mendapatkan bukti, pihak usahasama guru-guru lain cuba sebaik mungkin rapatkan hubungan dengan anak murid dan Alhamdulillah berjaya buat mereka buka mulut selepas 2 tahun, akhirnya ada murid yg buka cerita. Ianya diceritakan dengan santai (dalam kereta) dan dalam surau (budak ini sedih).
– Mengikut cerita, sudah ada 3 generasi iaitu pelajar tingkatan 2, tingkatan 1, dan tahun 6. Ini bermaksud setiap tahun akan ada batch baru yang menjadi mangsa dan dia akan kekalkan hubungan itu dengan murid.

Antara perlakuan yang saya boleh kongsikan disini ialah : 
– Menggeselkan kaki @ peha pada kemaluan murid secara berlapik semasa malam di dalam gelap.
– Memegang kemaluan murid secara direct (tanpa lapik) dan mengoncangkan kemaluan murid itu semasa malam hari. Pengakuan seorang murid, dan dia beritahu sudah kena beberapa kali.
– Meminta murid mencium pipinya selepas dia mandi.
– Mencium pipi murid.
– Bila murid terangsang (keras) dia tindih badan murid.
– Meminta (sambil nada bergurau) untuk murid pegang kemaluan dia semasa di dalam kereta.

INI YANG DIMAKLUMKAN SAHAJA.

Masalah & Keadaan Untuk di Ambil Perhatian
– Sebelum ini di sekolah lama cikgu terbabit, didapati dia sudah ada kes seperti ini. Namun last minit, murid telah menukar pengakuan dan menuduh orang lain yang buat. Jadi dia terlepas.
– Dia seorang yang cerdik dan pandai berkata-kata dan psikologi. Dia mampu untuk kawal ibubapa supaya percaya cerita dia. Itu yang kami gusar.
– 1 meeting bersama Guru Besar, PK HEM, Guru2 Lelaki lain di sekolah telah diadakan. Kata sepakat ialah guru besar nak fikir dulu. Esoknya, guru besar beritahu yang dia nak beri peluang terakhir kepada cikgu tersebut. Dan guru besar juga ada menambah, kerja-kerja pejabat yang dibuat oleh cikgu tersebut adalah sangat bagus. Jadi kami rasa sangat terkilan kerana ianya mempertaruhkan masa depan dan harga diri anak murid kami. 
– Untuk perhatian, Cikgu tersebut juga sangat laju dalam menutup cerita dan kesalahan dimana kes-kes di sekolah-sekolah lamanya akan dia cover. Sesiapa sahaja bercakap akan dia panggil polis datang ke sekolah dan menyatakan dia difitnah. Selain itu, ugutan untuk menyaman mana-mana guru juga sudah berlaku tahun lepas dimana kisah-kisah lama disekolah lamanya (saya tidak jelas sangat kes apa kerana dia banyak kes) terlepas dan heboh di sekolah kami menyebabkan polis datang ke sekolah kami. Beberapa orang guru telah dipanggil.
– Sekarang keadaan menjadikan guru-guru tidak berani untuk bertindak. Malah, guru besar hanya kata akan berikan teguran. 
– Flow yang dibincangkan semasa meeting tersebut juga seperti terlalu menyedihkan dimana mungkin Cikgu tersebut akan sekadar ditukarkan sekolah sahaja. Kami bimbang dia akan buat lagi perkara sama kepada murid lain, anak orang lain, di sekolah lain pula. Maka kes ini tidak selesai dan dia akan terus bermaharajalela. Jadi daripada itu berlaku, baik kami membuat langkah-langkah pencegahan.

Kami faham ibu bapa dan guru takut dan mana anak-anak yang telah berlaku salah laku, kalau tiada siapa ke depan nak buat laporan bertulis pada polis, tak de apa lah nanti.

Plan kami:

1. Rangka 1 program ceramah motivasi n keselamatan utk ibubapa dan murid tahun 4,5 dan 6
2. Jemput penceramah yg saya akan deal awal-awal bagitau situasi suruh sentuh pasal pedofilia/ gangguan seksual ni.
3. Minta ceramah suruh ibubapa tanya dan pujuk anak masing-masing cerita jika pernah ada terkena (dgn harapan budak-budak yg kena akan cerita). 
4. Katakan mereka tak cerita, cikgu-cikgu lain akan cuit ibubapa terbabit. Cakap lemah lembut. Kalau perlu tunjuk video pengakuan anak-anak mereka.
5. Minta ibubapa tanya sekali lagi. Dan lagi. Dan lagi. 
6. Harapan semua berjaya dan sepakat untuk buat laporan polis.

Di samping itu, memohon pihak Guru Besar untuk melarang murid-murid untuk keluar bersama-sama mana-mana guru tanpa kebenaran sekolah atau/dan ibu bapa.
(Ini tidak diendahkan oleh Cikgu tersebut)

Kami juga telah memohon Guru Besar mengeluarkan borang mohon izin yang perlu ditandatangani oleh ibu bapa memberi kebenaran bertanda tangan untuk murid keluar bersama guru.
Malangnya, Guru Besar menyatakan itu sepatutnya arahan dari PPD.

Sewaktu semua perbincangan ini berlaku, pencabulan masih juga berlaku. 
Arahan di langgar sewenang wenangya. Guru besar dah frust so dia pesan, “Biarlah, at least kita dah usaha, kita anggap benda ni berlaku di luar waktu sekolah dan luar kawasan sekolah”

Kami cuma boleh sekat pergerakan pelajar keluar dengan guru, tapi nampaknya tak berjaya.

Plan Fasa seterusnya :

1. Tempah banner 8″ 4″ utk tampal di masjid n sekolah. 
2. Tempah 3000 flyers both sides pasal pedofilia dan gangguan seksual. Ini letak kat msjid untuk orang amik. Bila letak jadual berbuka puasa sekali, orang akan amik dan simpan.

3. Kalau semua tak berjaya, kami akan hantar surat pada PPD minta cikgu ini ditukarkan.

Selidik diteruskan:
1. Bekas murid 2 tahun lepas.. Mmg diorang pun kena cabul juga.

2. Budak darjah 4 pun dah kena, murid bercerita cikgu letak minyak.

SAYA MEMOHON SEMUA PEMBACA SAYA AGAR BERDOA KES INI TIDAK TERLEPAS. PLEASE.

Sori Tuan Syed, we try our best dan jumpa parents. Memang ada yang tahu pasal ini. Alhamdulillah kesedaran murid dan parents sangat tinggi psal pedofilia dan gangguan seksual. 
Malangnya. Parents yang terlibat, takut atau tak nak terlibat dengan polis sehingga kini.

WE HAVE TRIED EVERYTHING UNTUK MENGELAKKAN PERKARA INI BERLAKU LAGI.

Persoalannya: 
Sejauh mana keselamatan kami (para guru) terjamin? 
Apa lagi kami kena buat utk kukuhkan kenyataan? 
Apa yg kami perlu takenote?

This is the main question. Kementerian Pendidikan yang dahulu tidak memberi sebarang reaksi setiap kali ini berlaku. But i will soldier on.

SAYA MERAYU SEMUA SEKOLAH UNTUK MEMBUAT REPORT POLIS ATAS SEMUA GANGGUAN SEKSUAL DI SEKOLAH. MOHON HUBUNGI SAYA SYED AZMI ALHABSHI 0162184769, atau Polis, JKM atau aktivis lain untuk membantu jika perlu.

Sekian, terima kasih.

Syed Azmi Alhabshi
Small Lamb

SUMBER: SYED AZMI

Sehubungan dengan itu, marilah kita bersama-sama dalam menyokong usaha ini dalam mencegah perkara ini daripada terus berleluasa. BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Kes Guru Cabul Murid Diambil Tindakan Serius memberikan informasi terkini lagi sahih kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.