Kenyataan Media Berkaitan Kes Penderaan Sehingga Menyebabkan Kematian Seorang Murid Darjah 4 di Pahang

 

Kenyataan Media Berkaitan Kes Penderaan Sehingga Menyebabkan Kematian Seorang Murid Darjah 4 di Pahang adalah dinyatakan oleh YB Puan Teo Nie Ching selaku Timbalan Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dalam kenyataannya, beliau menyatakan rasa sedih dan agak terkejut berhubung kes kematian seorang murid berusia 10 tahun disebabkan didera oleh penjaga pada 9 Julai 2018.

Beliau juga menegaskan agar pihak sekolah tidak perlu takut untuk membuat laporan berkaitan kes sebegini apabila mengesyaki berlakunya unsur penderaan terhadap murid sebelum semuanya terlambat.

Beliau juga menjamin sekiranya laporan yang dibuat ini menyebabkan mereka (pihak sekolah) disaman oleh penjaga murid, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan MEMPERTAHANKAN TINDAKAN PIHAK SEKOLAH TERSEBUT.

Sehubungan dengan itu, sekali lagi, pihak sekolah tidak perlu bimbang dan takut dalam melaporkan kes-kes seumpama ini dalam memastikan kebajikan dan keselamatan murid di bawah jagaan pihak sekolah adalah terjamin.

Penutup

Sekian, adalah diharapkan agar pihak sekolah mampu membela dan mempertahankan kebajikan dan keselamatan murid kerana sekolah merupakan “rumah kedua” setiap murid. Sehubungan dengan itu juga, warga Sistem Guru Online mengucapkan tahniah dan syabas serta terima kasih atas “jaminan” yang dinyatakan sendiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan dalam memastikan perkara ini dapat diketahui, dicegah dan diselesaikan. Semoga perkongsian ini iaitu Kenyataan Media Berkaitan Kes Penderaan Sehingga Menyebabkan Kematian Seorang Murid Darjah 4 di Pahang memberikan informasi terkini berkaitan dunia pendidikan kepada anda semua. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan terkini lagi sahih serta terbaik dari semasa ke semasa.