Jawatan Kosong Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sehingga 10 Julai 2018 ini adalah berdasarkan pemakluman daripada pihak UTHM sendiri melalui portal rasminya.
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara TETAP/ SEMENTARA seperti berikut :-
Kekosongan jawatan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
- Pegawai Tadbir N41
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
- Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) N19
- Pengawal Keselamatan KP11
JAWATAN PENTADBIRAN | |||
BIL | NAMA JAWATAN | GRED | PERINCIAN |
JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL | |||
1. | Pegawai Tadbir | N41 | KLIK SINI |
JAWATAN PENTADBIRAN | |||
BIL | NAMA JAWATAN | GRED | PERINCIAN |
JAWATAN KUMPULAN PELAKSANA | |||
1. | Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran | U29 | KLIK SINI |
2. | Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) | N19 | KLIK SINI |
3. | Pengawal Keselamatan | KP11 | KLIK SINI |
Penetapan Gaji Permulaan
Gaji permulaan yang lebih tinggi pada Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UTHM berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.
Imbuhan dan Elaun Berkaitan (Berdasarkan Gred Gaji)
Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan / Imbuhan Tetap Keraian / Imbuhan Tetap Khidmat Awam / Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuat kuasa.
Syarat Kewarganegaraan dan Umur (pada Tarikh Tutup Iklan)
Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak lebih 54 tahun pada tarikh lantikan.
Had Umur bagi Pelantikan secara Lantikan (PSL)
Bagi jawatan yang memperuntukkan kemasukan secara PSL, had umur pemohon adalah seperti berikut:
(a) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun;
(b) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan
(c) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Tempoh Percubaan
Calon-calon lantikan terus atau peningkatan secara lantikan bertaraf TETAP dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun sebelum disahkan dalam perkhidmatan.
Cara Memohon
(a) Permohonan adalah secara atas talian (online) sepenuhnya iaitu di URL http://e1.uthm.edu.my/pp/perjawatan/. Sila patuhi arahan-arahan berkaitan.
(b) Borang Permohonan serta salinan dokumen sokongan berkaitan jawatan yang dipohon TIDAK PERLU dikemukakan kepada pihak UTHM. Hanya calon yang dihubungi oleh pihak UTHM sahaja perlu mengemukakan dokumen sokongan berkaitan.
(c) Sebarang pertanyaan sila kemukakan secara e-mel kepada perjawatan@uthm.edu.my.
Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan secara atas talian perlu dikemukakan sebelum atau selewatnya pada
10 JULAI 2018 (SELASA) SEBELUM JAM 3.00 PETANG
Keterangan Am
(a) Hanya calon yang berjaya di senarai pendek sahaja akan dihubungi bagi tujuan pemilihan/temu duga.
(b) Calon yang tidak dihubungi sehingga tamat tempoh sahlaku permohonan hendaklah beranggapan bahawa permohonan TIDAK BERJAYA.
(c) TEMPOH SAH LAKU permohonan adalah selama sembilan (9) bulandari tarikh tutup permohonan yang telah ditetapkan.
Penutup
Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Jawatan Kosong Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sehingga 10 Julai 2018Â memberikan informasi terkini lagi sahih kepada anda semua. Semoga berjaya daripada kami dan juga semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.