Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM) sehingga 29 Julai 2018 ini merupakan informasi terkini berkaitan kekosongan jawatan untuk hebahan kepada orang awam.
Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan TETAP di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Mukah seperti berikut:
A. KUMPULAN PELAKSANA
1. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN (GRED KP29)
Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1, 493.00); atau
- (ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1, 493.00); atau
- (iii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1, 493.00); atau
- (iv) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM 1,770.95).
- Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar;
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 2(c) (i),(ii) dan (iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)Â dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Keselamatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 2 (c); atau
(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) Had umur pelantikan:
(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Dapatkan “Iklan Kekosongan Jawatan UiTM” di Sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :Â Iklan Kekosongan Jawatan UiTM
2. PEMANDU (GRED H11)
Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(ii) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
Lesen D : RM1, 264.15
Lesen E/E1/E2 : RM1, 310.30
Lesen F/H : RM1, 356.45
Lesen G/I : RM1, 402.60
d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu
pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
MOHON DI SINI
http://www.sarawak.uitm.edu.my/spo2018/
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
29 Julai 2018
Penutup
Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM) sehingga 29 Julai 2018Â memberikan informasi terkini lagi sahih kepada anda semua. Semoga berjaya daripada kami dan juga semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.