Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sehingga 9 Julai 2018 ini adalah berdasarkan pemberitahuan daripada Sistem Pengambilan Kakitangan USIM sendiri di portal rasminya.
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Sains Islam Malaysia sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut:
- Pegawai Pegawai Sains / Jurutera / Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Pegawai Penyelidik
- Juruterapi Pergigian
- Pembantu Makmal
- Pembantu Kemahiran (Kayu/Paip)
- Pembantu Pembedahan Pergigian
- Pengawal Keselamatan
Butiran Kekosongan Jawatan
Bil. | Skim Perkhidmatan | Gred Skim | Taraf Jawatan | Penempatan | Skop Tugas |
1. | Pegawai Pegawai Sains / Jurutera / Pegawai Kesihatan Persekitaran | C41/J41/U41 | Kontrak | Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan | Bertanggungjawab sebagai Pegawai Keselamatan Kesihatan (Safety & Health Officer), serta berperanan menasihati Universiti berkaitan hal ehwal keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Memastikan keselamatan tempat kerja, menyiasat kemalangan/kejadian berbahaya berkaitan pekerjaan, merancang dan melaksana program keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Keutamaan kepada calon yang telah berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. |
2. | Pegawai Penyelidik | Q41 | Kontrak | Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan | Bertanggungjawab membantu dalam perancangan pembangunan dan penyelidikan Makmal Halal dari segi keperluan bahan dan peralatan serta memantau, mengendalikan dan mengurus penyelenggaraan peralatan di dalam Makmal Halal. Bertanggungjawab menjalankan penyelidikan berdasarkan pengalaman dalam pengendalian HPLC, GCMS, FTIR dan PCR serta yang berkaitan bagi tujuan analisis fizikal, kimia dan biologi dan bersama dengan pensyarah menyedia dan memajukan cadangan penyelidikan kepada agensi dikenal pasti bagi mendapatkan peruntukan dana atau khidmat nasihat pembangunan bersesuaian. |
3. | Juruterapi Pergigian | U29 | Tetap | Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur | Bertanggungjawab melaksanakan perkhidmatan pergigian dari segi diagnosis, rawatan, pencegahan dan peningkatan kesihatan untuk kanak-kanak pra-sekolah, murid sekolah rendah dan kanak-kanak istemewa. Bertanggungjawab memberi perkhidmatan dan pendidikan kesihatan pergigian yang spesifik untuk mencapai matlamat supaya masyarakat mempunyai kesihatan mulut yang optimum. Turut bertanggungjawab dalam penyelidikan sistem kesihatan, operasi pentadbiran dan pengurusan serta tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. |
4. | Pembantu Makmal | C19 | Kontrak | Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan | Bertanggungjawab dalam mengurus makmal sains (Fizik, Kimia dan Biologi) termasuk Makmal Halal (Projek Khas), membantu pensyarah merancang, menyelaras dan mengurus operasi penyelenggaraan makmal; mengurus dan merekod pembelian peralatan saintifik bagi makmal-makmal di KPI; mengawal selia aspek keselamatan makmal serta membantu pelajar dalam menjalankan uji kaji dan penyelidikan. |
5. | Pembantu Kemahiran (Kayu/Paip) | H19 | Kontrak | Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan | Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bawah Pusat Perumahan Pelajar iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat. |
6. | Pembantu Pembedahan Pergigian | U19 | Tetap/ Kontrak | Kampus Satelit di Pandan Indah, Kuala Lumpur | Bertanggungjawab sebagai salah seorang ahli kesihatan pergigian yang memainkan peranan dalam pengendalian klinikal pesakit, pendidikan kesihatan pergigian, pengurusan pesakit dan pentadbiran. |
7. | Pengawal Keselamatan | KP11 | Kontrak | Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan | Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298). |
Butiran Permohonan
- Permohonan hendaklah dibuat menerusi website http://eirisweb.usim.edu.my/eiris2/ mulai 26 Jun 2018 (Selasa). Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
- Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/8125/8128.
Tarikh Tutup Permohonan
09 Julai 2018 (Isnin)
Penutup
Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sehingga 9 Julai 2018Â memberikan informasi terkini lagi sahih kepada anda semua. Semoga berjaya daripada kami dan juga semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.