Jawatan Kosong Universiti Malaysia Pahang (UMP) sehingga 20 Ogos 2018

PEMAKAIAN 1

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Pahang (UMP) sehingga 20 Ogos 2018 ini adalah terkini daripada Universiti Malaysia Pahang untuk diuar-uarkan kepada pihak awam.

Kekosongan jawatan yang dimaksudkan adalah di bawah Kumpulan Pengurusan dan Profesional UMP seperti berikut:

  1. PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS45
  2. PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS51
  3. PROFESOR MADYA GRED DS53
  4. PROFESOR GRED KHAS C (VK7)

KELAYAKAN ASAS

Calon hendaklah memiliki kelayakan asas untuk memohon jawatan yang telah dinyatakan. Kelayakan asas yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia.
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

KELAYAKAN LANTIKAN BAGI JAWATAN
PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS45

  1. (d) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
    pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,070.00); atau
  2. ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,380.37)

KELAYAKAN LANTIKAN BAGI JAWATAN
PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS51

  1. mempunyai kelayakan seperti di perenggan (1.d.) ;
  2. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
  3. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan (Gaji permulaan ialah pada Gred DS51: RM5,855.00)

KELAYAKAN LANTIKAN BAGI JAWATAN
PROFESOR MADYA GRED DS53

f. (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan (1.d.) ;
(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DS53: RM6,162.00).

KELAYAKAN LANTIKAN BAGI JAWATAN
GRED KHAS C (PROFESOR)

  1. mempunyai kelayakan seperti di perenggan (1.d.) ;
  2. (membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan
  3. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C: RM7,676.00).

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong UMP” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Iklan Jawatan Kosong UMP

 

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik UMP berasaskan pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan.

SYARAT-SYARAT UMUM

Pemohon-pemohon yang memohon jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam
skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya
dari semasa ke semasa.
TARAF JAWATAN
Jawatan akan dilantik secara Tetap / Kontrak.

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berumur kurang dari 54
tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat pemohon di laman web UMP, E-recruitment UMP.

PERMOHONAN OLEH PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak
Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga (3) tahun terakhir, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan ulasan majikan sama ada menyokong atau tidak permohonan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Para 18.

Sila hantarkan ke alamat berikut :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
CANSELERI TUN ABDUL RAZAK
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PELANTIKAN)

CATATAN AM

  1. Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga melalui e-mel yang telah berdaftar dengan UMP.
  2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  3. Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan
    mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.

PERMOHONAN ATAS TALIAN

TARIKH BUKA : 06/07/2018
TARIKH TUTUP : 20/07/2018

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Jawatan Kosong Universiti Malaysia Pahang (UMP) sehingga 20 Ogos 2018 memberikan informasi terkini berkaitan dunia pendidikan kepada anda semua. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan terkini lagi sahih serta terbaik dari semasa ke semasa.