Cubaan Mencuri Maklumat Guru – Mohon Warga Pendidik Berhati-hati

 

CUBAAN MENCURI MAKLUMAT GURU

Cubaan Mencuri Maklumat Guru – Mohon Warga Pendidik Berhati-hati ini adalah terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perkara ini juga dikongsikan oleh Dato Dr Amin Senin di laman Facebooknya dan YB Dr Maszlee Malik. Borang yang meminta guru melengkapkan biodata ini adalah PALSU. Satu laporan Polis akan dibuat berhubung dengan perkara ini.

Borang yang meminta maklumat nama pengetua, alamat sekolah, biodata guru termasuklah nombor telefon rumah dan bimbit adalah PALSU. Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

37269408 1937406112964708 5981805994877911040 n

Sehubungan dengan itu, warga pendidik dimohon berhati-hati agar tidak menjadi “mangsa” atas jenayah sebegini yang menggunakan nama Dato Dr Amin Senin dan melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia.┬áLogo jata negara dan kelulusan palsu daripada Dato Dr Amin Senin, KPPM digunakan untuk mengaburi mata warga pendidik sekalian.

Mohon warga pendidik agar memeriksa terlebih dahulu sumber bagi sesuatu borang sebegini sebelum memberikan maklumat yang diperlukan (kepada pihak tersebut).

Penutup

Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Cubaan Mencuri Maklumat Guru – Mohon Warga Pendidik Berhati-hati┬ámemberikan informasi terkini buat semua dan juga semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.