Himpunan Terbaik Nota STPM Pengajian Perniagaan Keseluruhan Penggal

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

 

Himpunan Terbaik Nota STPM Pengajian Perniagaan Keseluruhan Penggal ini disediakan khususnya kepada pelajar Tingkatan Enam yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Pengajian Perniagaan bagi Penggal 1, 2 dan 3.

Pengenalan

Pengajian Perniagaan merupakan mata pelajaran yang diambil dalam peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan yang baharu ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan sedia ada yang telah digunakan semenjak peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun 1999. Sukatan pelajaran yang baharu ini akan mula digunakan pada tahun 2012. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun tersebut akan menjadi peperiksaan pertama yang menggunakan sukatan pelajaran ini. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan ini mengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia terhadap sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang sedia ada. Melalui sistem peperiksaan yang baharu ini, pengajian di tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dan calon akan menduduki peperiksaan pada setiap akhir penggal. Tujuan utama Majlis Peperiksaan Malaysia memperkenalkan sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi pengajaran dan pembelajaran di tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolej dan universiti.

Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan ini merupakan proses pengemaskinian tajuk, kandungan, dan kemahiran supaya selaras dengan perkembangan semasa. Sukatan pelajaran Pengajian Perniagaan STPM ini telah direka bentuk bagi membolehkan calon memahami dan menghayati tiga komponen utama yang melengkapkan bidang ini, iaitu (i) prinsip perniagaan itu sendiri termasuk aspek-aspek penting berkaitan perniagaan di Malaysia, (ii) prinsip pengurusan, dan (iii) asas keusahawanan. Selain itu, sukatan pelajaran ini juga memberi penekanan dalam aspek meningkatkan kemahiran menulis, mencari dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan calon. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan agar sukatan pelajaran ini dapat menghasilkan calon prauniversiti yang berfikiran matang, berpengetahuan luas, dan berupaya untuk menyampaikan idea secara berkesan dengan menggunakan pelbagai bentuk komunikasi. Selain itu, sukatan pelajaran ini juga mewajibkan calon menjalankan kajian luar. Pentaksirannya dibuat melalui penghasilan Kerja Projek. Aspek ini difikirkan penting kerana melalui kajian luar, calon bukan sahaja belajar untuk menguasai ilmu tertentu tetapi juga akan dapat menerapkan kemahiran insaniah ke dalam diri mereka melalui pengalaman yang ditempuhi semasa menyiapkan kajian tersebut. Pengalaman ini akan membantu calon dalam melaksanakan kajian luar pada peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Sukatan pelajaran ini mengandungi tajuk, waktu pengajaran, dan hasil pembelajaran mengikut penggal, di samping bentuk peperiksaan, pemerihalan prestasi, dan soalan contoh. Usaha menggubal sukatan pelajaran ini telah dilaksanakan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad bin Muda dari Universiti Sains Islam Malaysia. Anggota jawatankuasa yang lain terdiri daripada beberapa orang pensyarah dari universiti tempatan, wakil dari Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Teknik dan Vokasional, dan guru-guru yang berpengalaman dalam mengajar mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Bagi pihak Majlis Peperiksaan Malaysia, saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa ini atas khidmat yang telah diberikan. Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan Majlis Peperiksaan Malaysia agar sukatan pelajaran ini menjadi panduan kepada guru dan calon dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semoga pelaksanaan sukatan pelajaran ini berjaya mencapai matlamatnya.

Kandungan Sukatan

Sukatan pelajaran ini bertujuan memperkenal dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam pengajian perniagaan bagi membolehkan pelajar/calon meneruskan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi atau ke peringkat kelayakan profesional, dan menceburi kerjaya dalam bidang pengurusan, perniagaan atau keusahawanan.

Objektif

Objektif sukatan pelajaran adalah untuk membolehkan pelajar/calon:

  1. memahami dan menghayati bidang perniagaan dan pengurusan serta peranan dan sumbangannya terhadap masyarakat dan negara;
  2. memahami fungsi perniagaan yang merangkumi bidang pengurusan pengeluaran, pemasaran, kewangan, dan sumber manusia;
  3. mengurus dan menyelesaikan masalah perniagaan berkaitan dengan pengeluaran, pemasaran, kewangan, dan sumber manusia;
  4. memahami dan menghayati peranan, fungsi, dan tugas pengurusan dalam organisasi perniagaan;
  5. memahami dan menghayati peraturan dan keperluan pengurusan perniagaan;
  6. membina kemahiran menganalisis dan menyelesaikan masalah perniagaan;
  7. membina kemahiran berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan dengan berkesan;
  8. memahami dan menghayati bidang keusahawanan;
  9. membina kemahiran untuk menceburi bidang keusahawanan;
  10. memahami dan menghayati peranan perniagaan dalam pasaran antarabangsa;
  11. memahami dan menghayati etika dan tanggungjawab sosial perniagaan.

Sukatan Pelajaran STPM Pengajian Perniagaan Mengikut Penggal

Penggal 1

  1. Tema 1 – Perniagaan dan Persekitarannya
  2. Tema 2 – Pengeluaran
  3. Tema 3 – Pemasaran
  4. Tema 4 – Kewangan
  5. Tema 5 – Sumber Manusia

Penggal 2 

  1. Tema 6 – Pengurusan
  2. Tema 7 – Aspek Perundangan Perniagaan
  3. Tema 8 – Kemahiran Komunikasi
  4. Tema 9 – Pembuatan Keputusan

Penggal 3

  1. Tema 10 – Keusahawanan
  2. Tema 11 – Rancangan Perniagaan
  3. Tema 12 – Perniagaan Antarabangsa
  4. Tema 13 – Etika Perniagaan dan Tanggungjawab Sosial

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun bahan-bahan ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah:

Dapatkan “Himpunan Terbaik Nota STPM Pengajian Perniagaan Keseluruhan Penggal” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’

Download : Himpunan Terbaik Nota STPM Pengajian Perniagaan Keseluruhan Penggal

  1. Himpunan Terbaik Nota STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1
  2. Himpunan Terbaik Nota STPM Pengajian Perniagaan Penggal 2
  3. Himpunan Terbaik Nota STPM Pengajian Perniagaan Penggal 3

 

Penutup

Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Himpunan Terbaik Nota STPM Pengajian Perniagaan Keseluruhan Penggal memberikan manfaat khususnya kepada pelajar Tingkatan 6. Juga semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

 

telegram sistemguruonline