Himpunan Terbaik Modul Aplikasi bagi Pengintegrasian TMK dalam PdPc Tahun 2

 

Himpunan Terbaik Modul Aplikasi bagi Pengintegrasian TMK dalam PdPc Tahun 2 ini adalah bersumberkan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kegunaan guru mulai tahun 2018.

Pengenalan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula di Tahun 1 pada 2017. Salah satu fokus utama dalam kurikulum ini adalah Modul Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Modul TMK adalah berfokuskan kepada Kemahiran Pemikiran Komputasional (KPK) sejajar dengan perubahan trend global. Modul TMK akan disepadukan dalam mata pelajaran di sekolah rendah secara berperingkat bermula dengan Tahun 1. Melalui KPK murid dilatih berfikir secara logik dan sistematik dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan prinsip asas sains komputer melalui kemahiran yang terdapat dalam perisian pemproses kata, persembahan, hamparan elektronik, penyuntingan audio, penyuntingan video, penyuntingan grafik, pengaturcaraan dan algoritma.

Pelaksanaan Modul TMK dalam KSSR (Semakan 2017) adalah bertujuan bagi memastikan murid berupaya mengaplikasi kemahiran, mengukuhkan pengetahuan dan menghayati nilai serta etika dalam penggunaan TMK agar dapat melahirkan murid yang boleh mencipta dan berinovasi.

Modul Aplikasi

Modul Aplikasi ialah modul yang mengandungi kemahiran TMK yang diajar melalui pengintegrasian dalam mata pelajaran sedia ada. Sekolah hendaklah melaksanakan Modul TMK yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang bersesuaian dengan mata pelajaran tersebut.

Modul Aplikasi yang disediakan perlu dilaksanakan oleh murid dengan bimbingan guru mata pelajaran masing-masing dalam peruntukan waktu mata pelajaran. PdP Modul TMK boleh dilaksanakan di makmal komputer atau dalam bilik darjah mengikut kesesuaian kemahiran TMK yang hendak diajar. Guru perlu merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Modul TMK yang memperincikan kaedah pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Buku tersebut boleh dimuat turun di laman sesawang http://bpk.moe.gov.my/.

Umum sedia maklum, sejajar dengan pelaksanaan KSSR Semakan 2017 iaitu mulai 2017, mata pelajaran TMK dimansuhkan dan dijadikan sebagai salah satu Elemen Merentas Kurikulum (EMK). Himpunan ini merangkumi Bahan Sokongan bagi pengintegrasi elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam mata pelajaran seperti berikut:

  1. Bahasa Inggeris
  2. Bahasa Melayu
  3. Matematik
  4. Pendidikan Islam
  5. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  6. Pendidikan Kesenian
  7. Pendidikan Moral
  8. Sains

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun bahan-bahan ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah:

Dapatkan “Himpunan Terbaik Modul Aplikasi bagi Pengintegrasian TMK dalam PdPc Tahun 2” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Himpunan Terbaik Modul Aplikasi bagi Pengintegrasian TMK dalam PdPc Tahun 2

  1. Bahasa Inggeris
  2. Bahasa Melayu
  3. Matematik
  4. Pendidikan Islam
  5. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  6. Pendidikan Kesenian
  7. Pendidikan Moral
  8. Sains

 

Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Himpunan Terbaik Modul Aplikasi bagi Pengintegrasian TMK dalam PdPc Tahun 2 dapat membantu warga pendidik khususnya guru-guru Tahun 2 dalam mengintegrasikan TMK dalam PdPc Tahun 2 dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.