Soalan Akhir Tahun 2019

Himpunan Terbaik Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah KSSR (Semakan 2017) dan KSSM

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

 

Himpunan Terbaik Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah KSSR (Semakan 2017) dan KSSM. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin berkongsi berkaitan templat pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk dimuat turun bagi kurikulum sekolah merangkumi sekolah rendah dan sekolah menengah.

Umum sedia maklum, sistem pendidikan Malaysia telah mengalami banyak perubahan dan salah satunya ialah perubahan kepada penambahbaikan kurikulum sedia ada iaitu KSSR (Semakan 2017) bagi sekolah rendah dan KSSM bagi sekolah menengah.

KSSR (Semakan 2017) dan KSSM dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 iaitu seperti berikut:

  1. Tahun 1 (KSSR Semakan 2017) dan Tingkatan 1 (KSSM) – digunakan mulai tahun 2017
  2. Tahun 2 (KSSR Semakan 2017) dan Tingkatan 2 (KSSM) – mulai tahun 2018
  3. Tahun 3 (KSSR Semakan 2017) dan Tingkatan 3 (KSSM) – mulai tahun 2019
  4. Tahun 4 (KSSR Semakan 2017) dan Tingkatan 4 (KSSM) – mulai tahun 2020
  5. Tahun 5 (KSSR Semakan 2017) dan Tingkatan 5 (KSSM) – mulai tahun 2021
  6. Tahun 6 (KSSR Semakan 2017) – mulai tahun 2022

Sehubungan dengan itu, admin mengongsikan templat-templat PBD yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM untuk dimuat turun. Setakat ini, templat pelaporan PBD ini tersedia untuk Tahun 1 & Tahun 2 (KSSR Semakan 2017) dan Tingkatan 1 & Tingkatan 2 (KSSM). Templat pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi Tahun 3,4,5,6 dan Tingkatan 3,4,5 akan disediakan secara berperingkat mengikut tahun pelaksanaannya.

Dapatkan “Himpunan Terbaik Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah KSSR (Semakan 2017) dan KSSM” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘XLXS’

Download : Himpunan Terbaik Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah KSSR (Semakan 2017) dan KSSM

KSSR (Semakan 2017)

  1. Tahun 1 
  2. Tahun 2

KSSM

  1. Tingkatan 1
  2. Tingkatan 2

 

 

Semoga perkongsian ini iaitu Himpunan Terbaik Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah KSSR (Semakan 2017) dan KSSM bermanfaat buat kita semua. Teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online, Komuniti Pendidikan Malaysia.

 

telegram sistemguruonline