Himpunan Terbaik Gambar untuk Diwarna Sempena Hari Guru 2018

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

 

Himpunan Terbaik Gambar untuk Diwarna Sempena Hari Guru 2018. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin mengongsikan gambar-gambar yang terbaik untuk diwarna bagi Hari Guru 2018 ini untuk dimuat turun. Alhamdulillah, banyak sumber yang sudi mengongsikan gambar-gambar ini. Antaranya daripada BBM Stuff & Keceriaan Kelas dan Teacher Fiera. Umum sedia maklum, Guru Pemacu Transformasi Negara merupakan tema Hari Guru bagi tahun ini.

Tahukah anda, kebanyakan pertandingan atau aktiviti yang melibatkan kanak-kanak adalah berkaitan dengan lukisan dan mewarna. Hal ini kerana, kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti tersebut dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Selain itu, aktiviti ini juga memberikan kanak-kanak pengalaman untuk membina serta mengembangkan kreativiti, mengenal warna dan membantu meningkatkan fungsi deria.

Berikut merupakan manfaat melukis dan mewarna untuk kanak-kanak:

  1. Merangsang kemahiran motor halus. Semasa melukis atau mewarna, anak anda perlu memegang pensel atau pensel warna. Hal ini sekali gus dapat merangsang dan melatih kemahiran motor halusnya kerana otot-ototnya iaitu jari, tangan dan pergelangan tangan bergerak semasa melukis atau mewarna.
  2. Membantu meningkatkan daya tumpuan. Sedarkah anda, semasa anak anda melukis atau mewarna, dia akan memberikan sepenuh perhatian kepada kerjanya itu.
  3. Berlatih memegang alat tulis. Si manja anda akan belajar cara yang betul dan selesa untuknya memegang alat tulis semasa melukis atau mewarna.
  4. Membentuk kordinasi tangan-mata. Semasa mewarna, anak anda akan belajar untuk bersabar terutama apabila memerlukannya mewarna kawasan spesifik supaya warna tersebut tidak terkeluar daripada garisan.
  5. Medium hiburan. Melukis dan mewarna membolehkan anak anda untuk rasa relaks dan selesa semasa menghasilkan dan menyiapkan kerja tersebut.
  6. Belajar merancang. Kanak-kanak akan belajar merancang untuk memilih warna apa yang akan digunakan bagi mewarna gambar tersebut.1. Mengeratkan hubungan. Semasa anak anda melakukan aktiviti sebegini, dia memerlukan anda untuk bertanyakan pendapat tentang warna apa yang perlu digunakan atau benda yang perlu dilukis. Ketika inilah merupakan waktu yang terbaik untuk anda meluangkan masa berkualiti bersama.

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun gambar-gambar ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah.

Dapatkan “Himpunan Terbaik Gambar untuk Diwarna Sempena Hari Guru 2018” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘JPEG’ dan dikumpulkan dalam satu compressed folder berformatkan ZIP.

Download :  Gambar untuk Diwarna Sempena Hari Guru 2018

SUMBER : BBM STUFF DAN KECERIAAN SEKOLAH, GOOGLE DAN TEACHER FIERA

KREDIT KEPADA : TEACHER FIERA DAN BBM STUFF & KECERIAAN SEKOLAH

 

Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Himpunan Terbaik Gambar untuk Diwarna Sempena Hari Guru 2018 memberikan manfaat dan sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru dalam melaksanakan pertandingan mewarna sempena Hari Guru bagi tahun ini. Teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online, Komuniti Pendidikan Malaysia.

telegram sistemguruonline