Himpunan Terbaik Format Baharu dan Contoh Soalan Semua Mata pelajaran UPSR Mulai Tahun 2016

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

 

Himpunan Terbaik Format Baharu dan Contoh Soalan Semua Mata pelajaran UPSR Mulai Tahun 2016. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin mengongsikan format baharu dan contoh soalan bagi semua mata pelajaran yang ditaksir dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai tahun 2016 yang telah admin himpunkan untuk dimuat turun sebagai rujukan anda.

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR, dahulunya Ujian Penilaian Sekolah Rendah) merupakan program pengujian untuk menilai pencapaian kognitif pelajar di akhir sekolah rendah di Malaysia dan diambil oleh pelajar-pelajar di akhir Tahun Enam pendidikan rendah.

UPSR diperkenalkan pada tahun 1987 bagi menggantikan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Pada tahun 1995, format Matematik diubah dengan memperkenalkan soalan subjektif. Pada tahun 2001, penilaian termasuk kerja sekolah calon. Pada tahun yang sama, subjek Sains telah diperkenalkan dalam kertas peperiksaan UPSR, juga melibatkan amali Sains. Pada tahun 2016, kertas Bahasa Inggeris dipecahkan kepada 2 kertas berasingan, iaitu kertas Pemahaman (terdapat 2 bahagian, Section A (objektif) dan B (subjektif)) dan kertas Penulisan. Calon yang mengambil UPSR pada 2016 ialah kohort murid pertama yang mengaplikasi KSSR dan juga sistem PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah).

Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di samping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka format peperiksaan UPSR 2016 yang baharu dan ditambah baik akan digunakan.

Walau bagaimanapun, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) masih berbentuk ujian bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.

Umum sedia maklum, format peperiksaan UPSR yang baharu dan ditambah baik akan digunakan mulai tahun 2016 untuk mentaksir pengetahuan dan kemahiran seperti yang dinyatakan dalam matlamat dan objektif Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

UPSR juga memberi penekanan kepada penguasaan literasi, numerasi dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi berhasrat untuk mentaksir pencapaian pembangunan kemahiran seperti penyelesaian masalah, penaakulan dan kreativiti.

Seperti yang sedia maklum, mulai tahun ini (2018), UPSR merupakan salah satu komponen daripada PPSR iaitu Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah yang lebih holistik, komprehensif dan bermakna:

Ini bermakna, pernyataan Keputusan UPSR dalam bentuk gred A hingga E akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia manakala Pelaporan Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dalam bentuk deskriptif akan dikeluarkan oleh pihak sekolah.

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan format baharu soalan bagi semua mata pelajaran yang ditaksir dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai tahun 2016 yang dipetik daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia:

  1. Bahasa Melayu (Pemahaman dan Penulisan)
  2. Bahasa Inggeris (Pemahaman dan Penulisan)
  3. Bahasa Cina (Pemahaman dan Penulisan)
  4. Bahasa Tamil (Pemahaman dan Penulisan)
  5. Sains (Kertas 1 dan Kertas 2)
  6. Matematik (Kertas 1 dan Kertas 2)

Dapatkan “Contoh Soalan UPSR Berdasarkan Format Baharu UPSR Mulai Tahun 2016” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Contoh Soalan UPSR Berdasarkan Format Baharu UPSR Mulai Tahun 2016

  1. Bahasa Melayu (Pemahaman dan Penulisan)
  2. Bahasa Inggeris (Pemahaman dan Penulisan)
  3. Bahasa Cina (Pemahaman dan Penulisan)
  4. Bahasa Tamil (Pemahaman dan Penulisan)
  5. Sains (Kertas 1 dan Kertas 2)
  6. Matematik (Kertas 1 dan Kertas 2)

SUMBER : LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

 

Semoga perkongsian ini iaitu Himpunan Terbaik Format Baharu dan Contoh Soalan Semua Mata pelajaran UPSR Mulai Tahun 2016 dapat memberikan manfaat kepada semua pihak khususnya warga pendidik, ibu bapa dan calon yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini agar memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2018. Teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online, Komuniti Pendidikan Malaysia.

telegram sistemguruonline