Himpunan Minit Mesyuarat Pengurusan Kurikulum

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

 

Himpunan Minit Mesyuarat Pengurusan Kurikulum. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin mengongsikan minit-minit mesyuarat bagi pengurusan kurikulum yang telah dihimpunkan untuk dimuat turun.

Pengenalan

Umum sedia maklum, mesyuarat merupakan salah satu aktiviti rasmi yang sentiasa dilaksanakan pada sesebuah organisasi khususnya organisasi sekolah. Mesyuarat ialah rundingan untuk membincangkan sesuatu atau berunding tentang sesuatu perkara untuk mencapai sesuatu keputusan.

Di dalam pengurusan mesyuarat, terdapat beberapa kepentingan mengapa mesyuarat perlu diadakan dalam sesebuah organisasi antaranya ialah dapat menjimatkan masa dan mempercepatkan kerja.Ini kerana mesyuarat yang diadakan mempunyai pelbagai idea yang dapat disumbangkan oleh setiap individu yang terlibat.

Selain itu, sesebuah organisasi mengadakan mesyuarat untuk menyelaraskan pembahagian tugas melalui pengkhususan tugas terhadap individu yang terlibat.Oleh itu,tugas yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan tersusun sekaligus memudahkan perancangan dan juga perlaksanaan sesebuah organisasi.Beban tugas juga akan menjadi ringan.Mesyuarat juga bertujuan menyampaikan informasi terkini kepada kakitangan,ini kerana mesyuarat dapat mengumpul semua kakitangan organisasi pada satu masa dan maklumat yang hendak disampaikan dapat dilakukan secara serentak.Contohnya apabila terdapat rancangan baru atau beberapa perubahan untuk penambahbaikan kualiti dalam sesebuah organisasi,melalui mesyuarat segala urusan tersebut dapat dilaksanakan dengan mudah dan berkesan.

Tujuan mesyuarat juga diadakan untuk menggalakkan percambahan idea kerana tindak balas yang dikemukakan. Organisasi akan menjadi lebih mantap dan jitu sekiranya perkongsian idea diamalkan. Di samping itu,mesyuarat juga diadakan untuk menyelesaikan konflik dalam sesebuah organisasi. Ini kerana,melalui mesyuarat konflik tersebut dapat diselesaikan dengan adil dan saksama di mana setiap ahli perlu mempunyai fikiran yang terbuka untuk memberi dan mendapatkan nasihat. Selain itu,mesyuarat juga perlu bersifat tenang dan sabar semasa mengendalikan mesyuarat kerana ianya melibatkan perasaan ahli yang terlibat.

Pengurusan Kurikulum

Kurikulum merupakan salah satu standard daripada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang kedua (SKPMg2) iaitu Standard 3 – Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Bidang kurikulum diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan hala tuju sekolah. Perkara ini adalah wajib dimesyuaratkan di sekolah. Sehubungan dengan itu, evidens perlu disediakan untuk tujuan pengauditan daripada pihak-pihak tertentu khususnya daripada pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

4 Aspek dalam Standard 3 (3.1.) – Pengurusan Kurikulum

Terdapat 4 aspek dalam Standard 3.1 – Pengurusan Kurikulum ini iaitu seperti berikut :

3.1.1 – Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum. Ketetapan dibuat untuk memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan kurikulum kebangsaan.

3.1.2 – Pengurusan Mata pelajaran. Mata pelajaran diurus untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran.

3.1.3 – Pengurusan Masa Instruksional. Masa instruksional diurus untuk memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan.

3.1.4 – Pengurusan Penilaian Murid. Penilaian murid diurus untuk mengesan kemajuan penguasaan dan pencapaian murid.

Evidens bagi Standard 3.1 – Pengurusan Kurikulum

Antara evidens yang perlu disediakan bagi Standard 2 – Pengurusan Organisasi ini ialah seperti berikut:

  1. Dokumen – bahan bercetak / softcopy. Contoh: minit mesyuarat, fail, catatan, gambar,
  2. Media sosial: WhatsApp, Telegram, WeChat, Facebook
  3. Lokasi/peralatan.
  4. Tidak semestinya di satu tempat/dalam satu fail – mengikut keperluan & kesesuaian

Berdasarkan evidens di atas, minit mesyuarat merupakan salah satu evidens bagi perkara ini. Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun minit mesyuarat bagi pengurusan kurikulum pada ruangan muat turun yang telah disediakan di bawah.

Dapatkan “Himpunan Minit Mesyuarat Pengurusan Kurikulum” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’

Download : 

  1. MINIT MESYUARAT KURIKULUM SEKOLAH KALI PERTAMA
  2. MINIT MESYUARAT KURIKULUM SEKOLAH KALI KEDUA
  3. MINIT MESYUARAT KURIKULUM SEKOLAH KALI KETIGA

 

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Himpunan Minit Mesyuarat Pengurusan Kurikulum sedikit sebanyak dapat membantu anda khususnya guru-guru dalam menyediakan evidens-evidens yang diperlukan untuk pengauditan nanti. Teruskan menyokong kami melalui saluran Telegram Sistem Guru Online di t.me/sistemguruonline.

 

telegram sistem guru online