Himpunan Minit Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

Himpunan Minit Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin mengongsikan minit-minit mesyuarat bagi pengurusan kurikulum yang telah dihimpunkan untuk dimuat turun.

Pengenalan

Umum sedia maklum, mesyuarat merupakan salah satu aktiviti rasmi yang sentiasa dilaksanakan pada sesebuah organisasi khususnya organisasi sekolah. Mesyuarat ialah rundingan untuk membincangkan sesuatu atau berunding tentang sesuatu perkara untuk mencapai sesuatu keputusan.

Di dalam pengurusan mesyuarat, terdapat beberapa kepentingan mengapa mesyuarat perlu diadakan dalam sesebuah organisasi antaranya ialah dapat menjimatkan masa dan mempercepatkan kerja.Ini kerana mesyuarat yang diadakan mempunyai pelbagai idea yang dapat disumbangkan oleh setiap individu yang terlibat.

Selain itu, sesebuah organisasi mengadakan mesyuarat untuk menyelaraskan pembahagian tugas melalui pengkhususan tugas terhadap individu yang terlibat.Oleh itu,tugas yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan tersusun sekaligus memudahkan perancangan dan juga perlaksanaan sesebuah organisasi.Beban tugas juga akan menjadi ringan.Mesyuarat juga bertujuan menyampaikan informasi terkini kepada kakitangan,ini kerana mesyuarat dapat mengumpul semua kakitangan organisasi pada satu masa dan maklumat yang hendak disampaikan dapat dilakukan secara serentak.Contohnya apabila terdapat rancangan baru atau beberapa perubahan untuk penambahbaikan kualiti dalam sesebuah organisasi,melalui mesyuarat segala urusan tersebut dapat dilaksanakan dengan mudah dan berkesan.

Tujuan mesyuarat juga diadakan untuk menggalakkan percambahan idea kerana tindak balas yang dikemukakan. Organisasi akan menjadi lebih mantap dan jitu sekiranya perkongsian idea diamalkan. Di samping itu,mesyuarat juga diadakan untuk menyelesaikan konflik dalam sesebuah organisasi. Ini kerana,melalui mesyuarat konflik tersebut dapat diselesaikan dengan adil dan saksama di mana setiap ahli perlu mempunyai fikiran yang terbuka untuk memberi dan mendapatkan nasihat. Selain itu,mesyuarat juga perlu bersifat tenang dan sabar semasa mengendalikan mesyuarat kerana ianya melibatkan perasaan ahli yang terlibat.

Pengurusan Kokurikulum

Kurikulum merupakan salah satu standard daripada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang kedua (SKPMg2) iaitu Standard 3 – Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Bidang kokurikulum diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan hala tuju sekolah. Perkara ini adalah wajib dimesyuaratkan di sekolah. Sehubungan dengan itu, evidens perlu disediakan untuk tujuan pengauditan daripada pihak-pihak tertentu khususnya daripada pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

7 Aspek dalam Standard 3 (3.2.) – Pengurusan Kokurikulum

Terdapat 7 aspek dalam Standard 3.2 – Pengurusan Kokurikulum ini iaitu seperti berikut :

3.2.1 – Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum. Ketetapan dibuat untuk memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan kokurikulum.

3.2.2 – Pengurusan Kelab/Persatuan. Kelab/persatuan diurus untuk mengukuhkan
pembelajaran di bilik darjah, mengembangkan potensi dan memupuk nilai estetika dan sosial yang positif.

3.2.3 – Pengurusan Badan Beruniform. Badan beruniform diurus untuk meningkatkan disiplin dan daya kepimpinan bagi pemantapan pembangunan perwatakan murid.

3.2.4 – Pengurusan Sukan/Permainan. Sukan/permainan diurus untuk mengukuhkan pengetahuan, kemahiran dan memupuk nilai estetika dan sosial yang positif.

3.2.5 – Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum. Program kecemerlangan kokurikulum diurus untuk mengoptimumkan bakat dan potensi murid.

3.2.6 – Pengurusan Sukan untuk Semua. Sukan untuk Semua diurus untuk memupuk
budaya bersukan dan amalan gaya hidup sihat, cergas serta berdaya saing dalam kalangan murid.

3.2.7 – Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum. Pentaksiran diurus untuk mengesan pencapaian murid.

Minit mesyuarat merupakan salah satu evidens bagi perkara ini. Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun minit mesyuarat bagi pengurusan kokurikulum pada ruangan muat turun yang telah disediakan di bawah.

Dapatkan “Himpunan Minit Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’

Download : 

  1. MINIT MESYUARAT KOKURILUM SEKOLAH KALI PERTAMA
  2. MINIT MESYUARAT KOKURILUM SEKOLAH KALI KEDUA
  3. MINIT MESYUARAT KOKURILUM SEKOLAH KALI PERTAMA versi 2

 

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Himpunan Minit Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum sedikit sebanyak dapat membantu anda khususnya guru-guru dalam menyediakan evidens-evidens yang diperlukan untuk pengauditan nanti. Teruskan menyokong kami melalui saluran Telegram Sistem Guru Online di t.me/sistemguruonline.