Buku Teks PDF KSSR Tahun 5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi

 

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.

Buku Teks PDF KSSR Tahun 5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi.  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin berkongsi buku teks dalam bentuk digital berformatkan PDF bagi salah satu mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk dimuat turun iaitu bagi mata pelajaran Tahun 5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Pengenalan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:

  1. Pendekatan Bersepadu. Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran  dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
  2. Perkembangan Individu secara Menyeluruh. KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.
  3. Pendidikan Saksama untuk Semua Murid. KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.
  4. Pendidikan Seumur Hidup. KSSR  menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai  asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.

Umum sedia maklum, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menyarankan KSSR yang telah dilaksanakan pada tahun 2011 disemak semula dengan memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah, dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) merupakan Kurikulum Kebangsaan yang digunakan oleh semua sekolah rendah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 18 di bawah Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP).

Kelebihan Penggunaan Buku Teks

  1. Sebagai bahan bantu mengajar yang membantu guru dalam proses bagi merancang organisasi dan maklumat serta aktiviti dalam PdPc..
  2. Bahan/Sumber rujukan utama murid sekolah rendah yang membolehkan murid memperoleh bahan khusus dalam bentuk yang telah disatukan.
  3. Sumber maklumat yang seragam. Memudahkan guru mengajar kerana semua murid mempunyai sumber pelajaran yang sama.
  4. Mempunyai gambar, graf, peta, dan bahan-bahan ilustrasi yang memudahkan pemahaman murid.
  5. Mempunyai bahan-bahan pengajaran seperti latihan dan soalan yang meringankan beban guru dalam penyediaan bahan PdPc.
  6. Soalan-soalan peperiksaan dibuat berdasarkan buku teks dan memudahkan murid mengulang kaji semua isi pelajaran dalam buku teks.
  7. Dibuat berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang mengehadkan tahap penguasaan pelajar mengikut darjah.
  8. Tidak membebankan ibubapa untuk membeli buku teks kerana diberi percuma oleh kerajaan.

Sehubungan dengan itu, penggunaan buku teks KSSR Tahun 5 ini akan berakhir pada tahun 2021 iaitu mata pelajaran TMK ini dihapuskan dan berfungsi sebagai salah satu daripada Elemen Merentas Kurikulum (EMK). Anda boleh memuat turun buku teks ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah.

Dapatkan “Buku Teks PDF KSSR Tahun 5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Cara memuat turun buku teks PDF ini adalah seperti gambar di bawah:

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’ dan bersaiz 92MB.

Download : Buku Teks PDF KSSR Tahun 5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi

MOHON PERHATIAN: BUKU TEKS KSSR TAHUN 5 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI INI TIDAK LAGI DIGUNAKAN BERMULA TAHUN 2021 KERANA BERDASARKAN SURAT PEKELILING KSSR (SEMAKAN 2017) YANG MENYATAKAN BAHAWA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEBAGAI ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) DAN BUKAN BERDIRI SEBAGAI SATU MATA PELAJARAN DALAM KSSR (SEMAKAN 2017) MULAI TAHUN 2021.

Senang cerita, untuk murid Tahun 5, mata pelajaran TMK ni sudah dihapuskan bermula tahun 2021.

 

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Buku Teks PDF KSSR Tahun 5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi sedikit sebanyak dapat memudahkan semua pihak khususnya guru-guru dan murid dalam melaksanakan aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online, Komuniti Pendidikan Malaysia.

 

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>