Buku Panduan Unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

Buku Panduan Unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM). Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin mengongsikan salah satu bahan yang penting dalam mana-mana unit beruniform di sekolah, iaitu buku panduan bagi unit beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) untuk dimuat turun.

Pengenalan kepada
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

PPIM adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat Kebangsaan, Negeri, dan Daerah di Institut Pengajian Tinggi, Maktab-maktab perguruan dan sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktivitinya yang dijalankan sebagai Ko-Kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada ALLAH S.W.T. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan Negara selaras dengan ajaran Islam.

Matlamat PPIM

Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut :

  1. Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.
  2. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri.
  3. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti.
  4. Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.
  5. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.
  6. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

VISI PPIM

  1. Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :
  2. Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
  3. Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari
    segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.
  4. Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

MISI PPIM

  1. Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang dijalankan.
  2. Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.
  3. Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Objektif PPIM

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia digubal dengan tujuan untuk merealisasikan kandungan falsafahnya. Walaubagaimanapun Pergerakan Puteri Islam Malaysia menyedari bahawa terdapatnya perbezaan umur dan perbezaan keperluan berdasarkan perbezaan kemampuan diantara ahli-ahli dari kalangan para pelajar sekolah menengah dan rendah dengan institusi pengajian tinggi, maka Pergerakan Puteri Islam Malaysia menggariskan objektif-objektif yang sesuai dengan keprihatinan diri masing-masing seperti berikut:-

Objektif di Peringkat Sekolah

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:-

  1. Melahirkan satu masyarakat muda yang Taat kepada Allah, Raja dan Negara, Berilmu, Berakhlak mulia, Berbakti kepada masyarakat
  2. Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.
  3. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat.
  4. Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun buku panduan ini pada pautan muat turun yang telah disediakan pada ruangan muat turun di bawah.

Dapatkan “Buku Panduan Unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : BUKU PANDUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

 

 

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Buku Panduan Unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) memberikan manfaat khususnya kepada guru-guru penasihat unit beruniform yang berkenaan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan perkongsian berkaitan dunia pendidikan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.

 

telegram sistem guru online