Buku Panduan Unit Beruniform Pandu Puteri Tunas

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

Buku Panduan Unit Beruniform Pandu Puteri Tunas. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin mengongsikan salah satu bahan yang penting dalam mana-mana unit beruniform di sekolah, iaitu buku panduan bagi unit beruniform Pandu Puteri Tunas untuk dimuat turun.

Pengenalan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) merupakan salah satu daripada 144 organisasi anggota Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956.

Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program kepanduan yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.

Asas program kepanduan terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program kepanduan juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 75,00 orang ahli dan sukarelawan di seluruh Malaysia.

Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).

Di peringkat antarabangsa pula, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah ahli penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga merupakan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), satu anugerah yang mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun buku panduan ini pada pautan muat turun yang telah disediakan pada ruangan muat turun di bawah.

Dapatkan “Buku Panduan Unit Beruniform Pandu Puteri Tunas” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : BUKU PANDUAN TUNAS PUTERI

 

 

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Buku Panduan Unit Beruniform Pandu Puteri Tunas memberikan manfaat khususnya kepada guru-guru penasihat unit beruniform yang berkenaan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan perkongsian berkaitan dunia pendidikan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.

 

telegram sistem guru online