Buku Panduan Unit Beruniform Kadet Polis

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

Buku Panduan Unit Beruniform Kadet Polis. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin mengongsikan salah satu bahan yang penting dalam mana-mana unit beruniform di sekolah, iaitu buku panduan bagi unit beruniform Kadet Polis untuk dimuat turun.

Pengenalan kepada Kadet Polis

Pasukan Kadet Polis Diraja Malaysia adalah sebuah pasukan beruniform yang wujud di seluruh sekolah-sekolah menengah di Malaysia yang berupaya mendisiplinkan pelajar-pelajar sekolah dan berupaya mengelakkan diri mereka daripada segala kegiatan negatif yang mampu merugikan diri sendiri.

Sejarah Penubuhan Kadet Polis

Idea penubuhan kadet polis ini telah dicetuskan oleh Ketua Polis Negara yang kedua, Allahyarham Tun Mohamed Salleh bin Ismail ketika merasmikan Pelancaran Pasukan Kadet Polis pada 2 Mac 1970. Allahyarham dalam ucapannya yang berbunyi:

“The overall objective is to make the cadet a responsible citizen of the future. He must yield a strong and healthy influence among his colleagues, friends and family so that in the years ahead, there will he a new breed, of enlightened good citizens contributing to nation building.”

Bermaksud: Objektif keseluruhan adalah untuk menjadikan kadet polis ini seorang warganegara yang bertanggungjawab dimasa hadapan. Hasil yang wajib satu pengaruh yang kukuh dan sihat di kalangan rakan-rakan sekerjanya, kawan-kawan dan keluarga supaya pada tahun-tahun yang mendatang, akan adanya satu baka barunya, warganegara yang baik menyedarkan menyumbang untuk pembangunan bangsa.

Ahli-ahli Kadet dan Pegawai Rendah Kadet akan dipilih dari murid-murid sekolah menengah yang telah dipilih untuk ditubuhkan PKP. Pegawai-pegawai Kanan Kadet pula adalah guru-guru sekolah tersebut dan Pegawai-pegawai Pelajaran Negeri. Peraturan ini adalah bagi kemudahan pentadbiran.

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun buku panduan ini pada pautan muat turun yang telah disediakan pada ruangan muat turun di bawah.

Dapatkan “Buku Panduan Unit Beruniform Kadet Polis” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : BUKU PANDUAN KADET POLIS

 

 

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Buku Panduan Unit Beruniform Kadet Polis memberikan manfaat khususnya kepada guru-guru penasihat unit beruniform yang berkenaan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan perkongsian berkaitan dunia pendidikan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.

 

telegram sistem guru online