Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun Bahasa Melayu Tahun 1 (Semakan 2017)

 

Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun Bahasa Melayu Tahun 1 (Semakan 2017)

Soalan Peperiksaan Pertengahan Bahasa Melayu Tahun 1 KSSR (Semakan 2017) ini dikongsikan untuk kegunaan para guru bersama. Seperti yang kita sedia maklum, lazimnya Peperiksaan Pertengahan Tahun akan dijalankan pada bulan Mei di semua sekolah, jadi guru-guru boleh menggunakan contoh soalan ini sebagai rujukan.

Untuk makluman semua, soalan-soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 yang dikongsikan merupakan versi KSSR (Semakan 2017).

Kami ada berkongsi sebelum ini berkaitan Soalan-soalan peperiksaan dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5.

Dapatkan “Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun KSSR (Semakan 2017) Tahun 1 Bahasa Melayu” di sini


Di sini admin nak kongsikan contoh soalan-soalan peperiksaan pertengahan tahun mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1.

Anda boleh memuat turun bahan dengan menekan pada link yang telah disediakan dibawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOCX’ dan ‘PPTX’

Download : 

Tips Menguasai Bahasa Melayu

Terdapat pelbagai jenis kaedah dan tips untuk menguasai mata pelajaran di sekolah. Bak kata pepatah ‘Study Smart Not Hard‘. Oleh itu, disini admin akan kongsikan beberapa tips yang boleh dilakukan untuk menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu seperti dibawah:-

  • Sentiasa membuat latihan soalan tatabahasa
    • Membaca kehendak soalan dengan teliti
    • Pangkah jawapan yang salah dahulu, kemudian pilih jawapan yang betul dengan tepat
    • Anggarkan masa menjawab bagi satu soalan adalah 1-2 minit sahaja
    • Pastikan menjawab semua soalan
  • Salin contoh-contoh karangan terbaik
    • Dengan melakukan teknik ini, pelajar dapat perhatikan setiap ayat dalam karangan tersebut.
    • Perhatikan penggunaan bahasa, gaya penceritaan, peribahasa, perumpamaan dalam contoh karangan terbaik itu
    • Setiap satu perenggan mesti mengandungi satu isi dan dihuraikan dengan baik
  • Bagi komsas, baca novel dengan teliti dan buat latihan soalan tahun-tahun lepas
    • Fahami setiap plot di dalam novel seperti permulaan, perkembangan, perumitan, klimaks dan peleraian
    • Fahami dan ketahui teknik dialog, teknik suspen, teknik kejutan, teknik monolog dalaman yang terdapat di dalam novel
    • Format soalan sama setiap tahun, pelajar perlu rajin membuat soalan-soalan tahun lepas untuk membiasakan diri dengan soalan peperiksaan

Perkongsian Bersama

Diharapkan dengan perkongsian kami pada kali ini berkaitan Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun Bahasa Melayu Tahun 1 KSSR (Semakan 2017) sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan guru dalam menyediakan soalan bagi peperiksaan serta membantu murid menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu. Anda boleh teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online untuk mengetahui pelbagai info berkaitan pendidikan, jawatan kosong kerajaan, bantuan kerajaan dan lain-lain.