Tarikh Mengundi PRU 14 2018 Jatuh Pada Hari Rabu (9 Mei 2018) Maka Semua Sekolah diberikan Cuti Peristiwa

Tarikh Mengundi PRU 14 2018 Jatuh Pada Hari Rabu (9 Mei 2018) Maka Semua Sekolah diberikan Cuti Peristiwa

Tarikh mengundi PRU 14 2018 ini yang diumumkan pada 10 April 2018 telah jatuh pada tarikh seperti yang dinyatakan.

  • Hari Penamaan Calon : 28 April 2018 (SABTU)
  • Hari Mengundi Awal : 5 Mei 2018 (SABTU)
  • Hari Mengundi : 9 Mei 2018 (RABU)

Update 11/4/2018 Hari Mengundi 9 Mei 2018 Di Isytiharkan Cuti Kelepasan Am Tambahan Bagi Beri Kemudahan Rakyat Mengundi 

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Menurut Pejabat Perdana Menteri, ini bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi berikutan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh hari mengundi PRU-14 itu merupakan hari bekerja.

“Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan,” menurut kenyataan itu.

Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing, menurut kenyataan itu. – BERNAMA

MAPPA Kali ke-16 dan Pilihan Raya Umum Kali ke-14

mappa kali ke 16

Tarikh PRU 14 ini diumumkan oleh SPR sejurus selepas beberapa berita gembira yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri DS Najib Razak di dalam MAPPA kali ke-16 beberapa hari sebelum ini. Pengumuman perdana menteri kita di dalam MAPPA sebelum ini menjanjikan banyak perkara seperti berikut :

1. Pemendekan Time Based Service untuk Kumpulan Pelaksana dari 13 tahun kepada 10 tahun bagi urusan kenaikan pangkat.

2. Menubuhkan Gred DG56 bagi membolehkan pergerakan tangga gaji and pangkat bagi yang telah memegang Gred DG54 dalam tempoh lama.

3. Pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak melibatkan sebanyak 42,800 pegawai.

4. Sumbangan dana tahunan ke CEUPACS sebanyak sekurangnya 3 juta setahun.

5. Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan selama 7 hari bagi tujuan umrah kepada umat Islam dan juga kepada bukan beragama Islam untuk tujuan keagamaan masing masing bagi sepanjang perkhidmatan.

6. Faedah perasaraan pada tahun 2018 adalah sebanyak RM 24 billion. Kenaikan kadar pencen sebanyak 1% bagi semua pesara kerajaan mulai Julai 2018 secara one – off.

7. Aktiviti aktiviti pesara. Memberikan geran khas sebanyak RM 1 juta setiap satu badan pesara kerajaan.

8. Kebajikan pesara. Pesara pesara kerajaan akan ditentukan tambahan quota haji bergantung kepada allocation kerajaan Arab Saudi kepada kerajaan Malaysia.

9. Kesetiaan penjawat kepada kerajaan. Nak balik tangan kosong? Jangan harap. Maka dengan ini, pemberian Kenaikan Tangga Gaji sebanyak 1 Tangga Gaji kepada semua penjawat awam dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.4 billion mulai Julai 2018.

Nampaknya kali ini penjawat awam akan mendapat “bonus besar” terutama sempena PRU 14. Bagaimana pula dengan manifesto Barisan Nasional pada PRU 2018 kali ini ye.

Kenyataan Media KPM Cuti Peristiwa Khas Sekolah Pada 9 Mei 2018 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-14

Seperti yang dinyatakan diatas, tarikh pilihan raya 2018 kali ini ialah pada hari rabu dimana ianya ialah hari persekolahan. Oleh sebab lebih kurang 68% dari jumlah sekolah di Malaysia dijadikan sebagai tempat mengundi maka pihak KPM di dalam kenyataan media mereka telah memutuskan untuk menjadikan hari mengundi PRU 14 2018 kali ini iaitu hari rabu sebagai hari cuti peristiwa kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

Selain itu, mana-mana sekolah yang ada 2 sesi maka pihak sekolah perlu menangguhkan persekolahan sesi petang pada 8 Mei 2018 (selasa) untuk memberi ruang kepada para petugas SPR untuk menyiapkan segala benda berkaitan pengundian.

Untuk lebih tepat dan jelas, sila baca kenyataan media seperti berikut :

Majikan Boleh di Denda dan di Penjara Jika Tidak Benarkan Pekerja Mengundi Pada PRU 14 2018 Ini? Bagaimana Pula dengan Pelajar Universiti dan Kolej yang ada Kuliah?

Majikan akan didenda RM5,000 dan penjara setahun jika tidak membenarkan pekerja keluar mengundi, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pada 9 Mei ini.

Ia diperuntukkan mengikut subseksyen 25 Akta Pilihan Raya 1958.

Mana-mana majikan dikehendaki memberi tempoh munasabah kepada pengundi yang bekerja dengannya untuk keluar mengundi.

Malah, tiada majikan boleh membuat potongan gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya penalti kerana tidak hadir kerja dalam tempoh berkenaan. sumber : selangorkini.my

Semak Status Pengundi Anda

Pengundi dalam bahagian pilihan raya boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi melalui www.spr.gov.my.

Selain itu, pengundi boleh menghantar SMS dengan menaip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No Kad Pengenalan dan hantar kepada 15888 mulai 16 April ini.

Pengundi juga boleh menelefon Ibu Pejabat SPR di Putrajaya (03-88927018).

Akta Pilihan Raya & Denda Kepada Majikan Tak Benar Pekerja Mengundi

Seorang pengguna Twitter telah berkongsi hukuman akan dikenakan pada mana-mana majikan yang tidak memberi kebenaran untuk para pekerja balik mengundi. Seperti sedia maklum, hari mengundi jatuh pada 9 May 2018 iaitu pada hari Rabu, juga merupakan hari bekerja. Persoalannya, adakah kita boleh balik untuk mengundi terutama sekali pada yang duduk jauh?

Seorang pengguna Twitter telah berkongsi hukuman akan dikenakan pada mana-mana majikan yang tidak memberi kebenaran untuk para pekerja balik mengundi. Seperti sedia maklum, hari mengundi jatuh pada 9 May 2018 iaitu pada hari Rabu, juga merupakan hari bekerja.

Akta Pilihan Raya 1958 & Denda Kepada Majikan Tak Benar Pekerja Mengundi

Bagaimana Pula dengan Pelajar? Adakah Akta Pilihan Raya Turut Menyatakan Tentang Pelajar Pergi Mengundi?

Bagaimana Pula dengan Pelajar? Adakah Akta Pilihan Raya Turut Menyatakan Tentang Pelajar Pergi Mengundi?

Bagaimana Pula dengan Pelajar? Adakah Akta Pilihan Raya Turut Menyatakan Tentang Pelajar Pergi Mengundi?

Jadi, kalau ikutkan logik jika benarlah tiada kelas untuk mereka sebab para staff dan pensyarah pergi mengundi maka adalah peluang mereka untuk pergi mengundi. Ya, itu jika benar-benar berlaku seperti itu dan mereka mampu untuk pergi mengundi kerana berada dekat dengan tempat mengundi. Tetapi jika mereka berada jauh dari tempat mengundi maka rasanya mustahil untuk mereka pergi mengundi.

Kenapa Hari Mengundi PRU dibuat Hari Rabu 9 Mei 2018

Mengikut sejarah, ini rasanya bukan kali pertama PRU dijalankan pada hari bekerja bukan hari cuti. Mari kita lihat analisis hari-hari PRU untuk tahun-tahun sebelum ini.

Tarikh Pilihan Raya PRU 1 : Tahun 1959

  • Pembubaran DUN : 27 Jun (Sabtu)
  • Penamaan Calon: 15 Julai (Rabu)
  • Hari Pengundian: 19 Ogos (Rabu)
  • Tempoh berkempen : 35 hari

Tarikh Pilihan Raya PRU 2 : Tahun 1964

  • Pembubaran DUN : 1 Mac (Ahad)
  • Penamaan Calon: 21 Mac (Sabtu)
  • Hari Pengundian: 25 April (Sabtu)
  • Tempoh berkempen : 35 hari

Tarikh Pilihan Raya PRU 3 : Tahun 1969

  • Pembubaran DUN : 20 Mac (Khamis)
  • Penamaan Calon: 5 April (Sabtu)
  • Hari Pengundian: 10 Mei (Sabtu)
  • Tempoh berkempen : 35 hari

Tarikh Pilihan Raya PRU 4 : Tahun 1974

  • Pembubaran DUN : 31 Julai (Rabu)
  • Penamaan Calon: 8 Ogos (Khamis)
  • Hari Pengundian: 24 Ogos (Sabtu)
  • Tempoh berkempen : 16 hari

Tarikh Pilihan Raya PRU 5 : Tahun 1978

  • Pembubaran DUN : 12 Jun (Rabu)
  • Penamaan Calon: 21 Jun (Khamis)
  • Hari Pengundian: 8 Julai (Sabtu)
  • Tempoh berkempen : 17 hari

Tarikh Pilihan Raya PRU 6 : Tahun 1982

  • Pembubaran DUN : 29 Maci (Isnin)
  • Penamaan Calon: 7 April (Rabu)
  • Hari Pengundian: 22 April (Khamis)
  • Tempoh berkempen : 15 hari

Tarikh Pilihan Raya PRU 7 : Tahun 1986

  • Pembubaran DUN : 19 Julai (Sabtu)
  • Penamaan Calon: 24 Julai (Khamis)
  • Hari Pengundian: 3 Ogos (Ahad)
  • Tempoh berkempen : 10 hari

Tarikh Pilihan Raya PRU 8 : Tahun 1990

  • Pembubaran DUN : 4 Oktober (Khamis)
  • Penamaan Calon: 11 Oktober (Khamis)
  • Hari Pengundian: 21 Oktober (Ahad)
  • Tempoh berkempen : 10 hari

Tarikh Pilihan Raya PRU 9 : Tahun 1995

  • Pembubaran DUN : 6 April (Khamis)
  • Penamaan Calon: 15 Aprill (Sabtu)
  • Hari Pengundian: 252 April (Selasa)
  • Tempoh berkempen : 10 hari

Tarikh Pilihan Raya PRU 10 : Tahun1999

  • Pembubaran DUN : 10 November (Khamis)
  • Penamaan Calon: 20 November (Sabtu)
  • Hari Pengundian: 29 November (Isnin)
  • Tempoh berkempen : 9 hari

Tarikh Pilihan Raya PRU 11 : Tahun 2004

  • Pembubaran DUN : 4 Mac (Khamis)
  • Penamaan Calon: 13 Mac (Sabtu)
  • Hari Pengundian: 21 Mac (Ahad)
  • Tempoh berkempen : 8 hari

Tarikh Pilihan Raya PRU 12 : Tahun 2008

  • Pembubaran DUN : 13 Februari (Rabu)
  • Penamaan Calon: 24 Februari (Sabtu)
  • Hari Pengundian: 8 Mac (Sabtu)
  • Tempoh berkempen : 13 hari

Tarikh Pilihan Raya PRU 13 : Tahun 2013

  • Pembubaran DUN : 3 April (Rabu)
  • Penamaan Calon: 20 April (Sabtu)
  • Hari Pengundian: 5 Mei (Ahad)
  • Tempoh berkempen : 15 hari

Tarikh Pilihan Raya PRU 14 : Tahun 2018

  • Pembubaran DUN : 7 April (Sabtu)
  • Penamaan Calon: 28 April (Sabtu)
  • Hari Pengundian: 9 Mei (Rabu)
  • Tempoh berkempen : 11 hari

Kalau mengikut rekod, beberapa pilihan raya seperti PRU 13 tahun 2013, PRU 10 tahun 1999, PRU 9 tahun 1995, PRU 6 tahun 1982 dan PRU 1 tahun 1959 juga diadakan bukan pada hujung minggu. Apa kesannya? Kenapa hari PRU dibuat pada bukan hujung minggu dan hari cuti? Itu, mungkin SPR ada jawapannya. Yang kita tahu, akan ada banyak pihak terkesan dengan tarikh pilihan raya pru14 tahun 2018 kali ini.

Siapa yang Mungkin Terkesan dengan Tarikh Pilihan Raya Umum 14 Tahun 2018 yang dibuat pada 9 Meri 2018 Hari Rabu

Mengikut pengiraan logik, ada banyak pihak yang mungkin sangat terkesan dengan pengumuman tarikh PRU 2018 kali ini. Antara mereka yang dilihat mungkin terkesan ialah seperti berikut :

  1. Para pelajar universiti atau pusat pengajian tinggi dan kolej.
  2. Para pekerja yang bekerja diluar kawasan seperti bekerja di Kuala Lumpur tetapi mendaftar untuk mengundi di Terengganu.
  3. Penduduk Johor yang bekerja di Singapura. Kita belum tahu jika majikan mereka di Singapura benarkan mereka bercuti atau tidak. Jika diberikan kelonggaran untuk keluar sebentar balik ke Malaysia dan mengundi macam mustahil untuk sempat.
  4. Siapa lagi? Tinggalkan di bahagian komen.

Penutup

Tepuk dada tanya iman. Tepuk dada tanya akal. Tepuk dada pandang tanah. Tepuk dada lihat langit. Setiap apa tindakan kita, mencerminkan diri kita. Tidak kira jauh mana jaraknya, tidak kira bila tarikh pilihan raya maka pergilah mengundi. Tarikh mengundi pilihan raya umum (PRU14) tahun 2018 ini mungkin agak mengejutkan namun sebagai rakyat kita harus tunaikan tanggungjawab kita dan keluar mengundi. Kemudian, kita tunggu sahaja keputusan pilihan raya umum PRU14 ini nanti bagaiman.