8 Perkara Terkini yang Perlu Anda Ketahui Berkaitan Prasekolah. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin mengongsikan 8 informasi terkini yang perlu kita ketahui berkaitan prasekolah bersumberkan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).
Berikut merupakan 8 perkara tersebut:
- Adakah semua prasekolah/tadika perlu mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)(Semakan 2017)?
Ya. - Mengapa semua prasekolah/tadika perlu mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)(Semakan 2017)?
Ia berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Bab 2 – Pendidikan Prasekolah, Seksyen 22 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika. - Adakah prasekolah/tadika boleh melaksanakan program tambahan?
Ya boleh,selepas mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pendaftar berdasarkan peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996, Bab 2 – Pendidikan Prasekolah, Subseksyen 22 (3) - Berapakah peruntukan masa minimum di tadika/kelas prasekolah?
Sekurang-kurangnya 240 minit sehari (termasuk waktu rehat), untuk kanak-kanak yang berumur 5+ tahun.
Sekurang-kurangnya 210 minit sehari (termasuk waktu rehat), untuk kanak-kanak yang berumur 4+ tahun. - Bolehkan Aktiviti Fizikal dan Main Bebas dilaksanakan pada hari yang sama?
Tidak boleh - Siapakah yang mengajar Pendidikan Islam di tadika/kelas prasekolah?
Guru Pendidikan Islam yang bertauliah (sekurang-kurangnya 120 minit seminggu). - Apakah yang dimaksudkan dengan Main Bebas?
Aktiviti yang memberi kebebasan kepada murid untuk memilih apa, bila, bagaimana untuk bermain. Mereka juga bebas untuk menentukan peraturan dan peranan semasa bermain. - Apakah peranan guru semasa Main Bebas?
Sebagai perancang, fasilitator, play partner dan pemerhati.
Semoga perkongsian 8 Perkara Terkini yang Perlu Anda Ketahui Berkaitan Prasekolah ini memberikan informasi yang berguna untuk anda semua. Teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online.
SUMBER : BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM