Permohonan Kemasukan ke Tahun 1 Ambilan 2019/2020 Secara dalam Talian

Sajada Porthopedic Sakit Lutut dan Sakit Pinggang

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

Permohonan Kemasukan ke Tahun 1 Ambilan 2019/2020 Secara dalam Talian. Sukacita dimaklumkan bahawa Kemasukan ke Tahun 1 Ambilan 2019/2020 secara dalam talian (online) kini telah dibuka bermula 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia dan permohonan tersebut boleh dilakukan dengan melayari laman web https://public.moe.gov.my/

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan 8 soalan lazim sering dikemukakan yang perlu anda tahu berkaitan Sistem Pendaftaran dalam Talian ini :

1. Mengapakah Sistem Pendaftaran dalam Talian ini diwujudkan?
Memudahkan permohonan ke tahun 1 dan sekolah kawalan tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.

2. Bagaimanakah Sistem Pendaftaran dalam Talian ini berfungsi?
Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1 dan ke sekolah kawalan.

3. Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna?
Ibu bapa dan penjaga.

4. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai pengguna baru?
Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
Rujukan: Manual Pengguna.

5. Selepas membuat pendaftaran, saya mendapati No. Mykad yang dimasukkan adalah salah, apakah yang harus saya lakukan?
Sila daftar semula dengan menggunakan No. Mykad yang betul.
Sekiranya telah memohon menggunakan ID Pengguna yang salah atau menggunakan MyKid murid, Pengguna boleh teruskan permohonan dengan menggunakan ID tersebut.

6. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.
Mohon semak Email (berdasarkan email yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)

7. Bagaimanakah jika Email yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATA LALUAN?
E-mel kepada pihak admin. (Dengan subjek email: Email tidak sah untuk fungsi katalaluan)

8. Bagaimanakah jika hendak mengemaskini maklumat pengguna sistem selain dari ID Pengguna?
Sila Daftar Masuk terlebih dahulu, kemudian klik butang menu UTILITI.

Muat turun Manual Pengguna/Garis Panduan di sini 

Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Permohonan Kemasukan ke Tahun 1 Ambilan 2019/2020 Secara dalam Talian bermanfaat buat anda khususnya kepada ibu bapa dan penjaga yang ingin mendaftarkan anak ke Tahun 1 ambilan tahun depan (2019/2020). Teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online, Komuniti Pendidikan Malaysia.

Vote 5 Star