Tips Memohon dan Menghadiri Temu duga Program Penajaan KPM

 

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.

Tips Memohon dan Menghadiri Temu duga Program Penajaan KPM. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Memandangkan Tawaran Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tahun 2018 telah dibuka, Sistem Guru Online mengongsikan tips atau panduan untuk memohon dan menghadiri temu duga bagi mendapatkan CBBP ini.

Perkongsian ini dikongsikan oleh Cikgu Mohd Ridzuan Md Nasir, iaitu penerima HLP 2017 (Master) dan juga merupakan Guru Inovatif Negeri Sarawak 2017.

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan tips yang beliau kongsikan dalam memohon dan menghadiri temua duga bagi mendapatkan CBBP.

SEMASA MENGISI BORANG

  1. Berhati-hati. Ya, saya ulang berhati2. Semasa saya isi borang online dlu, saya hanya tekan hantar selepas seminggu saya semak, saya ulang baca, saya tanya pendapat orang dan call Bahagian Tajaan Pendidikan sendiri.
  2. Sebab ada beberapa terms dalam borang tersebut yang saya tak faham. Jd, saya bertanya. jangan malu. kemudian pastikan bidang yang dipilih mempunyai hbungkait dengan pengalaman kita. kerana, menurut BT masa saya pergi kursus selepas berjaya temuduga dlu, setiap bidang yang ditawarkan mempunyai kuotanya tersendri. pastikan cikgu2 tahu apa yang cikgu pilih. jangan main tick sahaja.
  3. Syarat2 yang wajib tu mestilah dipatuhi. contohnya genap 3 tahun markah kita 85 ke atas dll (ada dlm syarat permohonan). Selain tu kalau boleh, biarlah cikgu2 ada sumbangan dlm perkhidmatan. Rajin buat kajian tindakan atau pernah hasilkan inovasi dlm pdp dan sebagainya. smua ini sgt membantu. InsyaAllah..

SELEPAS DAPAT PANGGILAN TEMU DUGA

  1. Sediakan proposal/kertas cadangan yang mantap. Buat bacaan, tanya orang yang dh berpengalaman.
  2. susun dokumen2, sijil2 yang diminta dan berkaitan mengikut kepentingan. Fail biarlah kemas. masukkan semua sijil2 sumbangan anda dlm tu. buat pembahagian supaya nampak teratur.
  3. Bawa semua bahan2 yang cikgu ada. contohnya artikel2 yang pernah cikgu tulis, kajian yang pernah dibuat, buku2 yang cikgu tulis, inovasi yang cikgu cipta dll. masa saya interview dlu, saya bawa 1 bag besar masuk bilik temuduga sampai penemuduga tanya, apa yang awak bawa ni? hehehe.
  4. Buatlah bacaan sedikit tentang isu2 pendidikan sperti PPPM, PAK21, dll.
  5. Bersedialah dari segi mental, rohani dan jasmani.

SEMASA TEMU DUGA

  1. Datanglah awal supaya dapat hilangkan gugup. Banyakkn berselawat.
  2. Duduk bertenang, jangan duduk sorang2. berbuallah dengan calon2 yang lain supaya hilang gementar.
  3. Biasanya, anda akan dipanggil masuk berdua ke dalam bilik temuduga. Jadi, ada unsur perbandingan. jika pasangan cikgu tu lebih baik drpd cikgu, mungkin markah dia akan lebih tinggi dri kita. Penemuduga 2 orang. Boleh jd dripd pihak KPM sendiri atau pegawai2 JPN atau pensyarah2 IPTA.
  4. Bila dipanggil masuk, seperti biasa, bersopanlah. 🙂
  5. Serahkan fail. minta izin untuk duduk. senyum sepanjang masa.
  6. Cikgu2 akan ditanya beberapa soalan. Contoh :

 1. Ceritakan sedikit tentang latar belakang cikgu.
2. Kenapa cikgu memohon cuti belajar/biasiswa?
3. Kenapa cikgu fikir cikgu layak diberikan cuti belajar/biasiswa?
4. Apakah sumbangan yang cikgu dapat berikan kepada KPM jika cikgu terpilih?
5. Apa yang cikgu tahu tentang aspirasi murid? (soalan ni saya kena)
6. bagaimana kajian cikgu dapt menyumbang kepada pendidikan?
7. Kenapa cikgu pilih bidang ini?
8. Ceritakan serba sedikit pengalaman dan pencapaian cikgu.
Tips: Jangan terlalu mengangkat diri, cerita dengan rendah diri tetapi bersemangat supaya penemuduga tak menyampah dan kata kita perasan (ini pegawai BT sendiri yg bgtau). Jangan banyak sgt sampai penemuduga tak dapat nak tanya benda lain.
9. Jika anda tidak ditawarkan biasiswa, adakah anda masih ingin menerima tawaran ini? (jawabla seikhlas hati, kalau betul2 perlukan biasiswa tu, bgtaulah sebab apa)
10. Soalan dalam bahasa inggeris. boleh jadi apa sahaja. dlu yg saya kena ialah apakah yang akan anda lakukan selepas mendapat tawaran ini? (soalan dlm BI lah tu, hehe)
11. kesimpulan..penemuduga akan beri kita peluang nak cakap apa..masa ni lah kita merayu2 sikit supaya penemuduga kesian dan pilih kita..hehe..

last sekali, selepas sesi kita tamat, ucaplah terima kasih dan bersalamlah. Kalau lelaki salam lelaki lah.. 🙂

Selepas semua itu selesai, pulanglah ke rumah dan berehatlah…tunggu sahaja keputusannya. Redha lah dgn apa sahaja keputusannya kerana cikgu dah berusaha yang terbaik. jika rezeki itu milik cikgu, insyaAllah tak ke mana. semoga panduan ini berguna untuk rakan2 sekalian. Wasalam..

CREDIT TO :

Cikgu Mohd Ridzuan Md Nasir
Penerima HLP 2017 (Master)
Guru Inovatif Negeri Sarawak 2017

Semoga perkongsian Tips Memohon dan Menghadiri Temu duga Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) dapat membantu khususnya kepada pemohon CBBP bagi tahun ini. Semoga berjaya daripada kami, warga Sistem Guru Online.

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>