Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tahun 2018 Kini Dibuka. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tahun 2018 bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa/separuh masa di universiti awam dalam negara dan luar negara.
Tawaran permohonan ini dibuka mulai 09.02.2018 (hari ini) hingga 28.02.2018 mulai jam 5.30 petang secara dalam talian sepenuhnya melalui sistem e-Penawaran di https://epenawaran.moe.gov.my.
Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.
Calon yang sedang berkhidmat di sekolah dinasihatkan untuk mengemas kini terlebih dahulu maklumat di dalam sistem e-Operasi (https://eoperasi.moe.gov.my) untuk memudah dan melancarkan proses permohonan. Manakala calon yang bertugas selain di sekolah boleh terus mengisi dan melengkapkan maklumat yang diminta di dalam borang permohonan sistem e-Penawaran.
Ketahui lebih lanjut berkaitan Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tahun 2018 ini di SINI. Semoga berjaya daripada kami, warga Sistem Guru Online.
SUMBER : BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA