Soal Selidik Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

 

Soal Selidik Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan soal selidik berkaitan SAPS iaitu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Soal selidik ini dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Segala maklum balas dalam soal selidik ini adalah penting dan akan digunakan bagi meningkatkan serta memperbaiki mutu perkhidmatan dan umum sedia maklum, segala maklumat yang diberi bagi tujuan soal selidik ini adalah rahsia.

Soal selidik ini akan menghimpunkan maklum balas daripada :

  1. Guru Besar/Pengetua
  2. GPK Pentadbiran
  3. Setiausaha Peperikaan/Guru SAPS
  4. Guru Kelas
  5. Guru Mata Pelajaran
  6. Ibu bapa

ANDA BOLEH MEMBERIKAN MAKLUM BALAS ANDA BERKAITAN SAPS INI MELALUI BORANG YANG DISEDIAKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DI SINI

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam menjawab dan melengkapkan soal selidik ini dan menghargai atas jasa yang diberikan.

Sehubungan dengan itu, marilah kita bersama-sama dalam memberikan maklum balas berkaitan SAPS ini agar dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan sistem pendidikan kita yang sedia ada.

Semoga informasi berkaitan Soal Selidik Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini bermanfaat buat kita semua. Sekian, terima kasih.

SUMBER : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SISTEM GURU ONLINE
Komuniti Pendidikan Malaysia