PERHATIAN! Saya Sarankan semua Ibu Bapa Periksa dalam Beg Sekolah Anak Masing-masing, ada tak Buku ini?

 

MEMEN SU

PERHATIAN! Saya Sarankan semua Ibu Bapa Periksa dalam Beg Sekolah Anak Masing-masing, ada tak Buku ini?. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Baru-baru ini, banyak perkara yang telah tular di laman sosial sehinggakan menjadi trending. Kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan salah satu daripada perkara atau isu yang tular ketika ini iaitu isu anak-anak dah pandai ‘bercinta’.

Kanak-kanak era awal 2000an mesti pernah memiliki koleksi buku biodata rakan sekolah, bukan? Malah, di dalam buku tersebut banyak terdapat info kenangan bersama rakan sekelas yang dsimpan sehingga ke hari ini. Cara ini merupakan salah satu medium untuk berkenalan pada ketika itu sebelum adanya telefon bimbit pada hari ini.

Namun, peredaran zaman makin berbeza apabila murid sekolah mula melupakan kenangan nostalgia ini. Malah, mereka beralih pula kepada memiliki buku pick-up line di mana terkandung ayat-ayat romantik untuk mengurat. Sangat mengejutkan bukan? Berikut merupakan gambar yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter berkaitan perkara ini.

l 671x656 1

Melihat kepada budak zaman sekarang semakin bijak mengenakan pick-up line bertujuan mengorat perempuan. Bukan sahaja budak lelaki tetapi perempuan juga memiliki buku pick-up line ini.

116

Ini beberapa ayat pick-up line yang pasti membuatkan korang geli hati bila baca.

  1. Apa beza awak dengan binatang? Binatang tinggal dekat zoo, awak tinggal di hati saya.
  2. Awak ada pendamping tak? Sebab saya takut tenggelam dalam hati awak.

212

  1. Awak nak tahu tak kenapa saya mati? Sebab saya mempertahankan cinta saya pada awak.
  2. Ramai kanak-kanak suka kat awak. Tapi saya takut, takut kehilangan awak.
  3. Apa beza awak dengan air? Air boleh isi botol kosong, awak boleh isi kekosongan hati saya.

Justeru itu, perkara ini amat membimbangkan dan adalah tidak wajar untuk dibiarkan begitu sahaja. Di sinilah ibu bapa memainkan peranan paling penting dalam menasihati dan membentuk anak-anak agar tidak terjebak dan ‘terjerat’ dengan perkara seperti ini pada usia mereka yang baru setahun jagung.

Ibu bapa juga harus bekerjasama dengan guru dalam menghentikan perkara ini daripada berlarutan kerana guru merupakan orang yang ‘dekat’ dengan persekitaran anak di sekolah. Pada usia seperti ini,  mereka sama sekali belum memahami apa itu cinta. Mereka hanya anak-anak yang terlalu muda, jangan sampai perkara ini menjadikan mereka anak-anak yang digilai perasaan ini.

Saranan saya, dekati dan nasihati serta bimbinglah anak-anak kita ke arah kebaikan. Ingat, anak-anak ialah harta yang tidak ternilai khususnya buat kita sebagai ibu bapa. Jangan terlalu sibuk mengejar ‘dunia’ sehingga lupa akan tanggungjawab besar kita terhadap mereka dalam mendidik mereka dengan penuh kasih sayang. Insya-Allah, kasih sayang dan perhatian yang cukup dapat mencegah perkara ini daripada terus menular dalam kalangan anak-anak kita.

Ibu bapa dengan kerjasama daripada warga sekolah khususnya guru-guru dalam memantau aktiviti dan perkembangan anak-anak akan dapat ‘membasmi’ perkara ini daripada terus berlaku. Sehubungan dengan itu, jangan biarkan mereka hidup dalam kisah dongeng dan impian yang tidak pasti.

Adakah kita akan membiarkan perkara ini? adakah kita akan membiarkan mereka ‘hidup’ dalam’dunia’ seperti ini? adakah kita memandang perkara ini sebagai perkara yang remeh-temeh? dan adakah anda telah memeriksa dalam beg sekolah anak anda? ada tak buku ini?” INGAT, “CEGAHLAH SEBELUM TERLAMBAT, HENTIKANLAH SELAGI SEMPAT”

Sumber : Twitter QamarNazli, OhBulan