Perbezaan antara Skim Pencen dengan Skim KWSP

 

Perbezaan antara Skim Pencen dengan Skim KWSP. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin mengongsikan berkaitan Perbezaan Kelebihan dan Kekurangan antara Skim Pencen dengan Skim KWSP. Setiap kali ketika mahu mengesahkan jawatan, 2 perkara ini mesti akan menjadi tanda tanya sama ada skim mana yang mahu dipilih, skim pencen atau KWSP.

Yang pertama sekali kita tengok apa itu skim pencen dan skim KWSP. Skim Pencen adalah satu skim di mana apabila kita pilih skim ini, gaji kita tidak akan dipotong kwsp. Selepas bersara pula, kita akan mendapat duit pencen secara bulanan yang bernilai lebih kurang 50% daripada gaji akhir bergantung kepada tempoh perkhidmatan.

Skim KWSP pula skim yang menolah 11% daripada gaji bulanan kita ke satu tabung yang disediakan oleh kerajaan dan mendapat faedah daripada kerajaan di mana kerajaan akan menabung 13% daripada gaji kita kepada akaun kita. Setiap tahun pula kita akan mendapat dividen daripada tabungan tersebut. Selepas berhenti kerja nanti, kita akan mendapat durian runtuh yang sangat besar hasil daripada duit tabungan ini.

Ringkasnya kelebihan 2 skim ini adalah seperti berikut :

KELEBIHAN SKIM PENCEN

1. Pencen – iaitu jaminan saraan kewangan setiap bulan semasa bersara cukup untuk menampung kehidupan

2. Gratuiti

3. Elaun / bantuan kewangan seperti bantuan kewangan hari raya

4. Duit gaji akan dapat penuh kerana tidak perlu mencarum ke mana-mana

5. Kemudahan pembiayaan dari kerajaan

KELEBIHAN SKIM KWSP

1. dividen tahunan.

2. simpanan tambahan daripada kerajaan

3. akaun 2 dapat digunakan untuk mengurangkan hutang rumah dan pelaburan pendidikan/hartanah

selepas itu mari kita tengok kekurangan pada kedua-dua skim ini

KEKURANGAN SKIM PENCEN

1. pencen hanya diperolehi selepas bersara

2. jumlah pencen bergantung kepada gaji akhir, jika besar gaji akhir maka besarkan pencen kerana jumlah pencen adalah 50-60 peratus daripada gaji akhir.

Advertisements
3. tiada durian runtuh yang besar di awal pencen/bersara kerana hanya mendapat gratuiti (wang ganjaran)

KEKURANGAN SKIM KWSP

1. Tiada duit bulanan yang akan diperolehi setelah berhenti kerja nanti.

2. Tidak patuh syariah. – boleh rujuk fb dr zaharudin atau orang yang berpengetahuan dalam muamalat syariah bg sesiapa yang mahu tengok pergiraan membersihkan wang KWSP.

3. 11% akan ditolak setiap bulan daripada gaji kita..sekarang 8% pon ada….

4. Duit tabungan hanya boleh digunakan untuk pendidikan dan pembelian hartanah dan beberapa perkara lain sahaja.

Kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa skim pencen sesuai untuk orang yang mahu bekerja sampai pencen, manakala skim KWSP pula sesuai untuk orang yang mahu berhenti awal daripada bekerja dengan kerajaan.

Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Perbezaan antara Skim Pencen dengan Skim KWSP bermanfaat buat anda semua. Teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online, Komuniti Pendidikan Malaysia.