Pelaksanaan SKPMg2 Tahun 2018

 

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.

Pelaksanaan SKPMg2 Tahun 2018. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan berkaitan pelaksaan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) diteruskan pada tahun ini.

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) telah mula dilaksanakan pada 1 Mac 2017 dan akan diteruskan pelaksanaannya mulai Januari 2018. Tujuan utama SKPMg2 diperkenalkan adalah sebagai panduan bagi meningkatkan kualiti pengoperasian sekolah dimana semua aspek penilaian SKPMg2 adalah berdasarkan perkara dan tanggungjawab sedia ada di sekolah.

Mulai tahun 2018, pengisian portal SKPMg2 akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu pada seperti berikut :

  1. Fasa 1 : Januari hingga Mac 2018
  2. Fasa 2 : Ogos hingga 15 November 2018

Semua sekolah di bawah KPM dikehendaki melaksanakan Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) menggunakan SKPMg2 melalui portal NKRA KPM (https://nkra.moe.gov.my/).

Pihak sekolah juga dimohon merujuk Prosedur Pelaksanaan dan Dokumen Edaran PPS (PPSEP) bertarikh 1 Januari 2018 yang boleh dimuat turun daripada portal berkenaan bagi memastikan pengisian skor PKS dapat dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah boleh memuat turun dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan SKPMg2 bagi Tahun 2018 ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah.

Dapatkan “Dokumen SKPMg2 2018” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

  1. Surat Edaran Pelaksanaan SKPMg2 Tahun 2018
  2. Prosedur Pelaksanaan dan Dokumen Edaran PPS (PPSEP)

Semoga perkongsian berkaitan Pelaksanaan SKPMg2 Tahun 2018 ini memberikan manfaat kepada semua pihak khususnya kepada pihak sekolah dalam melaksanakan standard yang telah dinyatakan dalam SKPMg2 ini.

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here