Panduan Menulis RPH PAK-21 yang Terbaik

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Panduan Menulis RPH PAK-21 yang Terbaik. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan panduan dalam menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) yang disediakan oleh SISC Azura.

Pasti ramai dalam kalangan kita (khususnya guru) mengenali SISC Azura. Puan Azura ialah seorang SISC+ yang berkhidmat di Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat, Kuala Lumpur. Beliau aktif dalam mengongsikan berkaitan RPH dan PAK-21 serta melaksanakan bengkel-bengkel PAK-21. Sehubungan dengan itu, berikut merupakan panduan yang beliau kongsikan dalam menulis RPH PAK-21 yang boleh kita jadikan panduan :

Rancangan Pelajaran Harian (RPH) mestilah terjemahan daripada Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT). RPH berdasarkan SPI Bil. 3/1999 harus mengandungi:

i. OBJEKTIF
ii. Cara untuk mencapai objektif (AKTIVITI)
iii. Kenyataan sejauh mana objektif tercapai (REFLEKSI)

RPH PAK21 masih berpandukan SPI tersebut.

Di sini saya kongsikan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam PENULISAN AKTIVITI.

AKTIVITI yang ditulis mesti:

1. MENEPATI KEHENDAK STANDARD PEMBELAJARAN (SP) YANG DIPILIH.
SP yang dipilih akan membentuk objektif yang perlu dicapai oleh setiap murid di dalam kelas.

2. SELARAS DENGAN OBJEKTIF YANG DIRANCANG.
Aktiviti yang dirancang harus membawa murid mencapai objektif yang dirancang.

3. PENULISAN MESTI BERMULA DENGAN PERKATAAN MURID atau dalam bahasa mudah ayat pasif.

Contoh:
Murid dipertontonkan tayangan video pendek berkaitan seorang ibu mengajar anaknya menyelesaikan masalah sendiri.

4. PENTAKSIRAN YANG DIRANCANG, iaitu BAND/TAHAP PENGUASAAN DICATATKAN DI DALAM KURUNGAN pada bahagian aktiviti yang menunjukkan pentaksiran berlaku.

Contoh:
Secara berkumpulan, murid berbincang dan bertukar-tukar pandangan tentang amalan kejiranan yang terdapat dalam cerita yang dipertontonkan berserta faedahnya melalui aktiviti Talking Chip. Penilaian rakan dibuat bagi kesantunan bahasa yang digunakan dalam perbincangan. (DT* – TP4)
* DT bermaksud kemahiran dengar tutur

5. AKTIVITI PAK21 dan ELEMEN KBAT PERLU ADA dalam penulisan aktiviti.

Contoh:
Murid melaksanakan aktiviti Stray Stay untuk berkongsi hasil perbincangan dengan rakan kumpulan lain.

6. KAEDAH YANG DIGUNAKAN HARUS SESUAI dengan aktiviti.

Contoh:
Jika merancang aktiviti berpasangan, pembentangan tidak sesuai menggunakan kaedah Stray Stay.

ATAU
Melaksanakan aktiviti yang lebih kurang sama seperti melaksanakan aktiviti Flying Carpet untuk semakan kemudian melaksanakan Gallery Walk untuk perkongsian. Lebih baik, dilaksanakan aktiviti Gallery Walk dan murid diminta menyemak jawapan rakan dan memberikan penghargaan pada setiap kumpulan.

Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Panduan Menulis RPH PAK-21 yang Terbaik dapat menjadi panduan guru-guru dalam menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) selaras dengan Pembelajaran  Abad ke-21 (PAK-21).

KREDIT KEPADA SISC AZURA