Modul Literasi Bahasa Melayu (LINUS) – Mari Membaca

 

LINUSSS

Modul Literasi Bahasa Melayu (LINUS) – Mari Membaca. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan modul berkaitan salah satu komponen penting dalam Program LINUS iaitu modul bagi literasi Bahasa Melayu.

Modul ini bertajuk Mari Membaca yang telah dihasilkan oleh Teacher Nabila. Modul ini sesuai digunakan dalam menjalankan ujian saringan dalam Program Linus di sekolah.

Modul ini disusun berdasarkan 12 konstruk yang telah ditetapkan oleh BPK KPM seperti berikut :

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, terdapat 12 konstruk yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu seperti berikut :

  1. Konstruk 1: Keupayaan membaca (membunyikan) dan menulis huruf vokal dan konsonan
  2. Konstruk 2: Keupayaan membaca (membunyikan) dan menulis suku kata terbuka
  3. Konstruk 3: Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka
  4. Konstruk 4: Keupayaan membaca (membunyikan) dan menulis suka kata tertutup
  5. Konstruk 5: Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup
  6. Konstruk 6: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’
  7. Konstruk 7: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
  8. Konstruk 8: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding
  9. Konstruk 9: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung
  10. Konstruk 10: Keupayaan membaca dan menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran
  11. Konstruk 11: Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah
  12. Konstruk 12: Keupayaan membaca, memahami dan menulis berdasarkan bahan rangsangan.

PREVIEW MODUL MARI MEMBACA

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun modul ini pada pautan muat turun yang telah disediakan.

Dapatkan “Modul Literasi Bahasa Melayu (LINUS) – Mari Membaca” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Modul Literasi Bahasa Melayu (LINUS) – Mari Membaca

KREDIT KEPADA CIKGU NABILA

 

 

Jutaan terima kasih kepada Teacher Nabila kerana sudi mengongsikan modul ini kepada kita semua. Sehubungan dengan itu, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Modul Literasi Bahasa Melayu (LINUS) – Mari Membaca bermanfaat kepada semua khususnya guru yang terlibat dalam menjalankan program LINUS ini.