Kata Kunci Soalan dalam Memilih Operasi Pengiraan (Matematik) dengan Tepat

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

Kata Kunci Soalan dalam Memilih Operasi Pengiraan (Matematik) dengan Tepat. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan salah satu tips dalam memilih operasi pengiraan (kira-kira) dengan betul dalam menjawab soalan khususnya dalam mata pelajaran Matematik.

Matematik merupakan mata pelajaran yang khusus kepada ilmu pengiraan. Biasanya, soalan-soalan dalam Matematik ini menguji minda murid dalam memilih operasi pengiraan yang betul dalam menyelesaikan sesuatu masalah (jawapan). Sehubungan dengan itu, berikut merupakan kata kunci yang boleh digunakan untuk mengenal pasti dalam memilih operasi pengiraan yang betul dalam menyelesaikan soalan (masalah) sama ada operasi penambahan (+), penolakan (-), pembahagian (÷) atau pendaraban (x).

KATA KUNCI OPERASI PENAMBAHAN – TAMBAH (+)

☑Cari jumlah
☑Terima/ dapat
☑Lebih banyak
☑Lebih besar/ daripada
☑Hasil tambah/ bertambah
☑Kesemuanya/ semua sekali
☑Selepas/ lambat/ kemudian

KATA KUNCI OPERASI PENOLAKAN – TOLAK (-)

☑Beza
☑Selisih
☑Kurang daripada
☑Lebih kecil
☑Dibuang / dikeluarkan
☑Beri kepada
☑Menggunakan
☑Baki
☑Yang masih ada
☑Sebelum

KATA KUNCI OPERASI PEMBAHAGIAN – BAHAGI (÷)

☑Bahagi
☑Hasil bahagi
☑Kongsi bersama
☑Baki dari operasi bahagi
☑Diagihkan sama rata
☑Dipotong sama rata
☑Purata

KATA KUNCI OPERASI PENDARABAN – DARAB(X)

☑Darab
☑Kali
☑Daripada (pecahan / peratus)
☑Jumlah bagi sesuatu bilangan
☑Jumlah kesemuanya
☑Luas (panjang x lebar)
☑Isipadu = (panjang x lebar x tinggi)
☑Hasil darab

Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Kata Kunci Soalan dalam Memilih Operasi Pengiraan (Matematik) dengan Tepat sedikit sebanyak dalam membantu murid-murid khususnya calon UPSR dalam menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan operasi pengiraan iaitu Matematik iaitu dengan memilih operasi pengiraan yang tepat dalam menyelesaikan soalan (masalah).