Himpunan Terbaik Permainan Bahasa

 

Himpunan Terbaik Permainan Bahasa. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan salah satu aktiviti yang sangat sesuai dilaksanakan semasa anda “relief” kelas atau sebagai aktiviti dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada dalam PdPc ataupun dalam Kelab dan Persatuan iaitu Permainan Bahasa.

Umum sedia maklum, teknik main sambil belajar adalah aktiviti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Main merupakan ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan dengan kaedah permainan.

Sehubungan dengan itu, kami tertarik untuk berkongsi 15 jenis permainan bahasa BERSERTA JAWAPANNYA yang disediakan oleh Cikgu Mohamed Naim Daipi yang boleh dilaksanakan dalam aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Ia bukan setakat seronok, tetapi juga berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang melibatkan kemahiran kognitif murid dalam menyelesaikan soalan yang terdapat dalam permainan bahasa ini.

Permainan ini juga mampu memberikan banyak kosa kata kepada murid dari aspek perkataan yang sama maksud (sinonim) dan sebagainya. Secara langsung, mengukuhkan penguasaan dalam aspek tatabahasa Bahasa Melayu.

Berikut merupakan pautan untuk memuat turun 15 jenis permainan bahasa berserta jawapannya. Fail tersebut adalah berformatkan (.DOCX) dan (.PDF). Fail Nombor 8 sehingga 15 adalah dalam bentuk compressed folder (.ZIP). Selamat memuat turun bahan ini.

1. ATUR SINONIM
2. AWAL KATA
3. DELAPAN KEKATA
4. GANDA HURUF
5. JEJAK KATA
6. MENANGGA KATA
7. SISIP SUKU KATA
8. BENTUK KATA
9. KATA BERSILANG
10. LINGKARAN KEKATA
11. SILANG SINONIM
12. SISIP VOKAL
13. TEKA KATA
14. TEKA SINONIM
15. TEKA-TEKI

 

Dapatkan “Himpunan Terbaik Permainan Bahasa” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’ dan ‘ZIP’

Download : 

1. ATUR SINONIM
2. AWAL KATA
3. DELAPAN KEKATA
4. GANDA HURUF
5. JEJAK KATA
6. MENANGGA KATA
7. SISIP SUKU KATA
8. BENTUK KATA
9. KATA BERSILANG
10. LINGKARAN KEKATA
11. SILANG SINONIM
12. SISIP VOKAL
13. TEKA KATA
14. TEKA SINONIM
15. TEKA-TEKI

 

Kesimpulannya, terdapat banyak pendekatan teknik yang boleh digunakan oleh guru semasa Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Guru bebas memilih teknik yang hendak digunakan kerana tiada 1 pendekatan, kaedah dan teknik yang spesifik semasa proses PdPc. Pemilihan ini mestilah secara kreatif agar kanak-kanak memperoleh pengalaman yang berguna.

Semoga perkongsian pada kali ini – Himpunan Terbaik Permainan Bahasa dapat membantu guru-guru dalam melaksanakan aktiviti yang menyeronokkan dan berkesan.

Sekian, semoga perkongsian ini Himpunan Terbaik Permainan Bahasa dapat memberikan manfaat kepada kita semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.