Himpunan Terbaik Instrumen LINUS2.0 Saringan 2 Tahun 1, 2 dan 3

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

Himpunan Terbaik Instrumen LINUS2.0 Saringan 2 Tahun 1, 2 dan 3.  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan instrumen saringan 2 bagi program LINUS2.0 untuk kegunaan guru dalam melaksanakan Program LINUS2.0 terhadap murid Tahun 1, 2 dan 3.

Program LINUS adalah sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dalam Program Transformasi Kerajaan merupakan satu kesinambungan daripada program yang sedia ada bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M dengan lebih sistematik. Pelaksanaan Program LINUS mensasarkan 100% murid Tahun 3 menguasai kemahiran Literasi dan Numerasi sebelum naik ke tahun 4 melalui Tahun 2013 kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK).

Umum sedia maklum, program LINUS2.0 dengan peluasan skop merangkumi literasi bahasa Inggeris telah mula dilaksanakan pada tahun 2013 melibatkan semua murid Tahap I. Program LINUS2.0 ini dilaksanakan bertujuan memastikan semua murid menguasai kemahiran asas literasi bahasa Melayu, literasi bahasa Inggeris dan numerasi pada akhir tempoh persekolahan Tahap I di sekolah rendah.

Pelaksanaan Program LINUS2.0 melibatkan semua murid Tahap I melalui saringan bagi literasi bahasa Melayu, literasi bahasa Inggeris dan numerasi sebanyak 2 kali setahun. Murid yang telah menguasai asas literasi bahasa Melayu, literasi bahasa Inggeris dan numerasi boleh mengikuti pengajaran dan pembelajaran arus perdana, manakala murid yang belum menguasai asas literasi bahasa Melayu, literasi bahasa Inggeris dan numerasi akan mengikuti intervensi pemulihan.

Dokumen-dokumen ini dihimpunkan merangkumi instrumen untuk kegunaan guru Tahun 1, 2 dan 3 iaitu seperti berikut :

  1. INSTRUMEN NUMERASI BERTULIS MATEMATIK SARINGAN 2 (SK) TAHUN 1, 2 DAN 3
  2. INSTRUMEN NUMERASI LISAN MATEMATIK SARINGAN 2 (SKSJKCSJKT) TAHUN 1, 2 DAN 3
  3. INSTRUMEN SARINGAN LITERASI MEMBACA BAHASA INGGERIS TAHUN 1, 2 DAN 3 (SARINGAN 2)
  4. INSTRUMEN SARINGAN LITERASI MEMBACA BAHASA MELAYU SARINGAN 2 TAHUN 1, 2 DAN 3
  5. INSTRUMEN SARINGAN LITERASI MENULIS BAHASA INGGERIS TAHUN 1, 2 DAN 3 (SARINGAN 2)
  6. INSTRUMEN SARINGAN LITERASI MENULIS BAHASA MELAYU SARINGAN 2 TAHUN 1, 2 DAN 3

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun dokumen instrumen ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah mengikut kategori setiap tahun, iaitu Tahun 1,2 dan 3.

Dapatkan “Himpunan Terbaik Instrumen LINUS2.0 Saringan 2 Tahun 1, 2 dan 3” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

  1. Himpunan Terbaik Instrumen LINUS2.0 Saringan 2 Tahun 1
  2. Himpunan Terbaik Instrumen LINUS2.0 Saringan 2 Tahun 2
  3. Himpunan Terbaik Instrumen LINUS2.0 Saringan 2 Tahun 3

 

 

Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Himpunan Terbaik Instrumen LINUS2.0 Saringan 2 Tahun 1, 2 dan 3 dapat membantu guru dalam melaksanakan Program LINUS2.0 terhadap murid Tahap 1 dengan lebih baik dan terancang.

telegram sistem guru online