Himpunan Peribahasa yang Terdapat dalam Buku Teks KSSR Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6

PERIBAHASA

Senarai Peribahasa yang Terdapat dalam Buku Teks KSSR Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan senarai peribahasa yang terdapat dalam buku teks KSSR Bahasa Melayu tahap 2 iaitu bermula Tahun 4 sehingga Tahun 6.

Peribahasa ini dikumpulkan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka kerana sudi menyenaraikan peribahasa-peribahasa ini. Umum sedia maklum, peribahasa ialah ayat atau susunan kata yang mempunyai maksud tertentu yang biasanya merujuk kepada maksud berkias, berlapik dan tersirat. Terdapat lima jenis peribahasa iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah dan perbilangan.

Perkongsian ini amat penting khususnya kepada calon yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam menjawab pada bahagian peribahasa yang biasanya terdapat pada Bahasa Melayu Kertas 2 (Penulisan).

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan senarai peribahasa yang telah dihimpunkan berserta maksudnya:

SIMPULAN BAHASA

  1. Air muka – rupa muka yang membayangkan sesuatu perasaan
  2. Air tangan – hasil kerja tangan seseorang
  3. Anak buah – pengikut / rakyat/orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga
  4. Anak bujang- anak lelaki yang belum berkahwin
  5. Anak didik – pengikut seseorang pemimpin yang diasuh sendiri oleh pemimpin itu.
  6. Anak jati –
  7. Anak tunggal-
  8. Ayam tambatan –orang harapan dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan
  9. Berhati walang –bersedih, hiba,dukacita,gelisah, suram
  10. Besar hati – bangga dan gembira
  11. Buah fikiran – pendapat
  12. Bulat hati –lurus hati / bersungguh-sungguh
  13. Bulat kata – sudah mencapai kata sepakat
  14. Hati terbuka – perasaan senang hati untuk menerima sesuatu
  15. Kera sumbang – orang yang hidup dengan mengasingkan diri
  16. Langkah seribu – melarikan diri dengan sekuat-kuat hati kerana ketakutan
  17. Lapang dada – perasaaan sabar /berasa senang
  18. Lupa daratan – tidak tahu mengenang budi dan kebaikan orang terhadap dirinya
  19. Membawa diri –menjauhkan diri/ mengembara
  20. Memerah keringat – bekerja keras
  21. Menabur bakti – membuat jasa
  22. Menambat hati – menarik dan memikat perasaan
  23. Menara gading – tempat yang mempunyai kedudukan yang tinggi seperti universiti
  24. Menghulur tangan – memberi pertolongan
  25. Murah hati – suka memberi bantuan
  26. Orang berada – orang kaya
  27. Otak cair – pandai
  28. Pasang telinga – mendengar dengan teliti
  29. Permata hati – orang kesayangan
  30. Rambang mata –rasa sukar untuk memilih sesuatu yang berada dalam sesuatu kumpulan yang banyak
  31. Sekangkang kera – tanah yang sedikita dan tidak luas
  32. Tanah air – Negara tempat kelahiran
  33. Tangan terbuka – sedia menerima kedatangan seseorang dengan sukacita / orang yang bermurah hati atau suka menolong orang lain
  34. Tergerak hati –
  35. Titik peluh – hasil usaha atau kerja yang dibuat oleh seseorang tanpa bantuan orang lain.
  36. Tulang empat kerat –kegiatan melakukan sesuatu pekerjaan dengan menggunakan tenaga fizikal

PERUMPAMAAN

  1. Bagai aur dengan tebing – hidup bekerjasama dan bermuafakat
  2. Bagai bulan jatuh ke riba –mendapat untung yang besar
  3. Bagai dihiris sembilu – sangat pedih rasa dihati
  4. Bagai kacang lupakan kulit – tidak mengenang jasa dan budi orang lain
  5. Bagai menatang minyak yang penuh – memelihara seseorang dengan penuh kasih sayang
  6. Bagai tikus jatuh ke beras –mendapat rezeki yang melimpah ruah/ banyak

BANDINGAN SEMACAM

  1. Bijak seperti pendita
  2. Cantik seperti bidadari
  3. Nipis seperti kertas

PEPATAH

  1. Alah membeli menang memakai – biar membeli dengan harga yang mahal asalkan barang itu tahan lama
  2. Alang-alang berdakwat biar hitam- buatlah sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh hingga berhasil
  3. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya – sesuatu itu mengikut asalnya, anak mengikut baka ibu bapanya.
  4. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul – betapa susah kita melihat penderitaan orang lain, susah lagi orang yang menanggungnya
  5. Gunung sama didaki, lurah sama dituruni-susah senang bersama-sama
  6. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing- sikap bekerjasama dalm membuat sesuatu perkara
  7. Berpantang maut sebelum ajal –
  8. Biar putih tulang , jangan putih mata-lebih baik mati daripada tidak dapat apa yang diidamkan
  9. Buang yang keruh, ambil yang jernih -berdamai dan melupakan pertelingkahan
  10. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat –kata sepakat diperoleh dengan bermesyuarat atau berunding
  11. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan – jika ada azam , apa-apa yang dihajati boleh tercapai
  12. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung –ikutlah peraturan dan
  13. adat resam tempat kita menetap
  14. Enggang sama enggang , pipit sama pipit- berkawan hendaklah sama taraf atau sama status.
  15. Hanya jauhari mengenal manikam – orang yang pandai sahaja dapat melakukan penilaian dengan tepat.
  16. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama – orang yang baik meninggalkan nama baik dan orang yang jahat akan meninggalkan nama yang jahat pula setelah meninggal dunia nanti / orang yang berjasa kepada Negara akan tetap dikenang sehingga bila-bila, walaupun telah lama meninggal dunia
  17. Hilang di mata di hati jangan –walaupun tinggal berjauhan dengan saudara mara atau sahabat handai, tetapi hendaklah selalu mengenangkan mereka.
  18. Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik negeri sendiri – walaupun kaya dan senang di negeri orang, lebih baiklah di negeri sendir
  19. Jangan berputus asa, hari tidak selamanya panas
  20. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang –pendapatan yang cukup untuk hidup sahaja dan jika tidak bekerja tidak dapat makan.
  21. Melentur buluh biarlah dari rebungnya –melatih atau mendidik anak hendaklah sejak kecil kerana jika sudah besar susah hendak mendidiknya.
  22. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa –apabila orang berbudi kepada kita perlulah dibalas dengan bahasa yang baik.
  23. Selagi hayat dikandung badan – selama masih hidup
  24. Sesal dahulu pendapatan- berfikirlah dengan teliti sebelum melakukan sesuatu supaya tidak timbul kesal akibat perbuatan itu.
  25. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas – adat atau sesuatu yang tetap dengan keutuhannya
  26. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang – sesuatu kejayaan tidak akan diperolehi sekiranya tidak berusaha
  27. Yang bulat datang bergolek,yang pipih datang melayang – seseorang yang bertuah akan mendapat tuah dengan mudah
  28. Yang lama dikelek, yang baharu didukung –

KATA-KATA HIKMAH

  1. Bersatu teguh, bercerai roboh
  2. Malang tidak berbau
  3. Muafakat membawa berkat
  4. Pelihara yang lama, pelajari yang baru

SLOGAN

  1. Bahasa jiwa bangsa
  2. Bangsa membaca bangsa berjaya
  3. Minda sihat, emosi stabil
  4. Pandu cermat, jiwa selamat
  5. Perpaduan teras kejayaan
  6. Utamakan barangan buatan Malaysia

 

Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Himpunan Peribahasa yang Terdapat dalam Buku Teks KSSR Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6 bermanfaat kepada kita semua khususnya kepada calon-calon UPSR. Semoga berjaya daripada kami.