Garis Panduan Pelaksanaan Program Dwibahasa – Dual Language Programme (DLP)

 

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM DWIBAHASA

Garis Panduan Pelaksanaan Program Dwibahasa – Dual Language Programme (DLP). Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin berkongsi informasi ringkas berkaitan Program Dwibahasa atau lebih dikenali sebagai Dual Language Programme (DLP) berserta garis panduan pelaksanaannya dalam sekolah.

Umum sedia maklum, Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) adalah satu program di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ia dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rintis pada tahun 2016 melibatkan 300 buah sekolah.

Program DLP memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang layak untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selain daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.

Pelaksanaan DLP bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris murid melalui peningkatan masa pendedahan kepada bahasa Inggeris secara tidak langsung. Dengan pengukuhan dwibahasa seseorang murid, DLP boleh memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses, penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan.

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun Garis Panduan Pelaksanaan Program Dwibahasa – Dual Language Programme (DLP) ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah.

Dapatkan “Garis Panduan Pelaksanaan Program Dwibahasa – Dual Language Programme (DLP)” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Garis Panduan Pelaksanaan Program Dwibahasa – Dual Language Programme (DLP)

SUMBER : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

 

Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Garis Panduan Pelaksanaan Program Dwibahasa – Dual Language Programme (DLP) dapat menjadi panduan kepada ppihak sekolah dalam memastikan segala urusan pelaksanaan DLP berjalan dengan teratur, seragam, cekap dan berkesan di sekolah-sekolah yang terlibat. Teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online, Komuniti Pendidikan Malaysia.