12 Konstruk dalam Program LINUS2.0

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

 

12 Konstruk dalam Program LINUS2.0. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa isu asas literasi dan numerasi masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai program pemulihan di sekolah-sekolah.

Disebabkan perkara itu, Program LINUS (Literacy and Numeracy Screening) telah dilaksanakan iaitu satu program yang dirancang dengan lebih teliti dan sistematik dalam memastikan kemahiras asas dalam literasi dan numerasi dapat dicapai dalam kalangan murid sekolah rendah.

KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi sebelum berakhir persekolahan Tahap I. Program LINUS mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah dan telah mencapai sasaran yang ditetapkan pada tahun 2012.

Program LINUS diperluas skopnya dengan memasukkan Bahasa Inggeris dalam komponen literasi mulai tahun 2013 dan dikenali sebagai Program LINUS2.0. Peluasan ini bertujuan untuk mengukuhkan penguasaan literasi bahasa Inggeris dalam kalangan murid Tahap I.

Sehubungan dengan itu, terdapat konstruk yang telah ditetapkan dalam Program LINUS2.0 ini mengikut mata pelajaran iaitu seperti yang berikut :

Konstruk Literasi (Bahasa Melayu)

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, terdapat 12 konstruk yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu seperti berikut :

  1. Konstruk 1: Keupayaan membaca (membunyikan) dan menulis huruf vokal dan konsonan
  2. Konstruk 2: Keupayaan membaca (membunyikan) dan menulis suku kata terbuka
  3. Konstruk 3: Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka
  4. Konstruk 4: Keupayaan membaca (membunyikan) dan menulis suka kata tertutup
  5. Konstruk 5: Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup
  6. Konstruk 6: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’
  7. Konstruk 7: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
  8. Konstruk 8: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding
  9. Konstruk 9: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung
  10. Konstruk 10: Keupayaan membaca dan menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran
  11. Konstruk 11: Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah
  12. Konstruk 12: Keupayaan membaca, memahami dan menulis berdasarkan bahan rangsangan

Konstruk Literasi (Bahasa Inggeris)

Dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pula, terdapat 12 konstruk yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu seperti berikut :

  1. Konstruk 1: Able to identify and distinguish the shapes of the alphabet
  2. Konstruk 2: Able to associate sounds with the letters of the alphabet
  3. Konstruk 3: Able to blend phonemes into recognisable words
  4. Konstruk 4: Able to segment words into phonemes
  5. Konstruk 5: Able to understand and use the language at word level
  6. Konstruk 6: Able to participate in daily conversations using appropriate phrases
  7. Konstruk 7: Able to understand and use the language at phrase level in linear texts
  8. Konstruk 8: Able to understand and use the language at phrase level in nonlinear texts
  9. Konstruk 9: Able to read and understand sentences with guidance
  10. Konstruk 10: Able to understand and use the language at sentence level in non-linear texts
  11. Konstruk 11: Able to understand and use the language at paragraph level in linear texts
  12. Konstruk 12: Able to construct sentences with guidance

Konstruk Numerasi (Matematik)

Dalam mata pelajaran Matematik bagi program ini pula, terdapat 12 konstruk yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu seperti berikut :

  1. Konstruk 1: Keupayaan pranombor dan mengenal angka
  2. Konstruk 2: Keupayaan membilang
  3. Konstruk 3: Keupayaan memahami nilai nombor
  4. Konstruk 4: Keupayaan membuat seriasi
  5. Konstruk 5: Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
  6. Konstruk 6: Keupayaan menyatakan waktu
  7. Konstruk 7: Keupayaan mengendalikan operasi asas
  8. Konstruk 8: Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
  9. Konstruk 9: Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu
  10. Konstruk 10: Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
  11. Konstruk 11: Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
  12. Konstruk 12: Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang

Berdasarkan senarai konstruk di atas, dapat disimpulkan bahawa dalam setiap mata pelajaran (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik), terdapat 12 konstruk yang telah ditetapkan sebagai panduan kepada guru dalam melaksanakan program LINUS2.0 ini melalui ujian saringan yang dilakukan.

Semoga perkongsian berkaitan 12 Konstruk dalam Program LINUS2.0 ini membantu guru sebagai panduan dalam melaksanakan program ini di sekolah khususnya dalam bilik darjah.

SUMBER : BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

telegram sistem guru online