Soalan Akhir Tahun 2019

Solidariti Cikgu Idzahril

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline
Soalan Akhir Tahun 2019

Cikgu Idzahril Pukul Murid

Butiran Guru & Berkaitan Kes

  • Nama : Noor Idzahril bin Ahmad
  • Jawatan : Guru Bahasa Inggeris SK Sg Acheh, Pulau Pinang
  • Pengalaman Mengajar : 29 Tahun
  • Kes Dakwaan :¬†Hukuman Jenayah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Nibong Tebal
  • Dakwaan Kesalahan : Memukul pelajar.
  • Kes berlaku di Sk Seri Sentosa Nibong Tebal

Perhimpunan Menyokong Solidariti Cikgu Noor Idzahril

  • Tarikh : 9.1.2018
  • Hari : Selasa
  • Lokasi :¬†Mahkamah Jawi

Ayuh kita berhimpun beramai-ramai sebagai tanda sokongan dan solidariti kita kepada Cikgu Idzahril.

Sistem Guru Online menyeru kepada semua warga pendidik dan seluruh rakyat Malaysia bersolidariti memberi sokongan moral serta semangat kepada Cikgu Noor Idzahril bin Ahmad iaitu guru Bahasa Inggeris SK Sg Acheh , SPS , Pulau Pinang yang akan dibicara dan didakwa bawah Seksyen 323 di Mahkamah Jawi pada 9 Januari 2018 bersamaan hari Selasa.

Apa yang beliau lakukan adalah demi tujuan mendidik, langsung tidak keterlaluan serta tiada sebarang kecederaan/bekas pun pada pelajar yang dihukum beliau.

Sama-samalah kita doakan semoga cikgu Idzahril dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT dan bebas daripada tuduhan tersebut di atas. InShaAllah…..Aamiin..

Solidariti Buat Cikgu Idzahril

Semalam saya bertemu dengan Cikgu Idzahril. Beliau seorang yang sangat tenang, lemah lembut ketika berbicara, tutur katanya juga sangat berhemah dan begitu menyenangkan. Walaupun kali pertama saya bertemu dengan beliau, saya rasa kami seolah-olah sudah lama kenal.

Siapa Cikgu Idzahril?
Beliau sebenarnya adalah seorang guru bahasa Inggeris yang telah mengabdikan dirinya dalam dunia pendidikan selama 29 tahun. Seorang yang telah melahirkan ratusan atau mungkin ribuan insan-insan berjaya pada hari ini tanpa mengira kaum.

Kenapa dengan Cikgu Idzahril?
Cikgu Izahril kini berdepan dengan hukuman jenayah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan hanya kerana memukul anak muridnya dalam kejadian yang berlaku pada 2.8.2017 yang lalu.

Hanya kerana kes pukul tersebut, Cikgu Idzahril telah melalui fasa hitam sebagai seorang pendidik tanpa sebarang pembelaan dan bantuan. Segalanya beliau lalui secara bersendirian. Katanya, “saya tidak mahu kecoh-kecoh. Saya berserah pada Allah”.

Berjam-jam Cikgu Idzahril disoal siasat oleh polis. Sebulan kemudian beliau diminta hadir ke mahkamah. Seteleh kes dibaca majistret mengenakan ikat jamin RM4000 tanpa Cikgu Idzahril diberikan peluang membuat rayuan. Kes samseng pukul orang, kes dadah, kes pecah rumah ikat jaminnya tak sampai RM3000 tetapi kes mendidik anak bangsa untuk menjadi insan berguna nilai jaminannya RM4000.

Masa itu Cikgu Idzahril tidak membawa wang yang cukup. Maka beliau kemudiannya digari dan disumbat ke dalam lokap bersama penjenayah-penjenayah lain sementara tunggu untuk dijamin oleh isteri beliau. Merengkoklah Cikgu Idzahril seketika di dalam lokap bersama-sama dengan penagih dadah, pesalah pecah rumah, samseng dan beberapa OKT lain yang semuanya kes berat-berat belaka berbanding Cikgu Idzahril.

Bila mereka tahu kisah Cikgu Idzahril, kata salah seorang OKT, “cikgu mesti kena pukul budak-budak. Kalau tak pukul nanti dia orang jadi macam kami…”

Bagaimana hendak membantu Cikgu Idzahril?
9.1.2018 (Selasa) ini Cikgu Idzahril akan hadir lagi ke Mahkamah Jawi untuk pendengaran kes beliau. Ayuh kita berhimpun beramai-ramai sebagai tanda sokongan dan solidariti kita kepada Cikgu Idzahril.

Guru memukul kerana mahu mendidik bukannya memukul kerana suka-suka atau ikut perasaan. Guru tidak sewajarnya disamakan dengan penjenayah atau dilayan seperti penjenayah.Guru sewajarnya mendapat pembelaan bukannya didakwa dan dihukum.

Ingatkah kita tentang kisah duka Cikgu Azizan yang dihadapkan ke mahkamah baru-baru in? Kini Cikgu Idzahril berhadapan dengan kisah yang sama. Malah jauh lebih teruk lagi kerana beliau kini sedang dibicarakan. Cikgu Idzahril bakal dihukum oleh mahkamah. Jasa beliau sebagai pendidik selama 29 tahun juga bakal lenyap sekiranya mahkamah mendapati beliau bersalah. Pastinya seorang insan yang banyak berjasa ini akan hilang segala-galanya. Hilang kerja, hilang gaji, hilang pencen dan hilang maruah sebagai seorang yang dihormati masyarakat. Inilah nasib yang bakal dihadapi oleh seorang insan bernama guru…

#Pray4CikguIdzahril
#GuruPendidikBukanPenjenayah

Kata-kata Semangat, Sokongan Khas Buat Cikgu Idzahril

Sila Nyatakan Sokongan Anda Kepada Cikgu Idzahril disini. Kongsikan kepada rakan-rakan semua. Bantu betulkan balik apa yang tidak betul dalam sistem masyarakat di Malaysia ini. Mungkin ada sesuatu yang salah dalam kalangan masyarakat kita.

Download Profile Ini dan Pakaikan di Facebook Profile Anda!

 

pray-for-cikgu-idzahril

telegram sistemguruonline