Skim Pinjaman Komputer Riba (SPKR)

 

SPKR

Skim Pinjaman Komputer Riba (SPKR). Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan salah satu kemudahan pinjaman untuk tujuan pembelajaran yang disediakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan KPM untuk membantu pelajar Tingkatan 5 di negeri Sarawak iaitu dinamakan Skim Pinjaman Komputer Riba (SPKR).

Program Pembekalan Komputer Riba untuk Kegunaan Murid-Murid Tingkatan Lima (5) di Sekolah-sekolah KPM secara Rintis di Negeri Sarawak merupakan satu program untuk membantu murid-murid ini belajar dengan lebih berkesan khususnya dalam aspek peningkatan akses kepada sumber pendidikan.

Komputer riba ini adalah Hak Milik Sekolah untuk dipinjamkan kepada murid-murid tingkatan 5 sahaja. Komputer riba tersebut akan dikumpulkan kembali dan dipinjamkan kepada murid-murid tingkatan 5 tahun berikutnya.

Komputer riba ini mengandungi e-bahan pembelajaran peringkat menengah yang bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada capaian internet dan membolehkan murid-murid tingkatan 5 mengulang kaji bahan pembelajaran tambahan tanpa bergantung kepada buku teks.

Matlamat program ini dilaksanakan adalah memastikan semua murid tingkatan lima (5) di sekolah-sekolah KPM di Negeri Sarawak dapat menikmati kemudahan pembelajaran berbantu teknologi melalui Program Pembekalan Komputer Riba Untuk Kegunaan Murid-Murid Tingkatan Lima (5) Di Sekolah-Sekolah KPM Secara Rintis Di Negeri Sarawak.

Manakala, terdapat dua (2) objektif program ini dilaksanakan iaitu seperti berikut :

  1. Merapatkan jurang digital dan kualiti bahan pembelajaran antara murid-murid bandar, luar bandar dan pedalamanan
  2. Memperluas akses dan menambah baik pengajaran dan pembelajaran berbantu ICT bagi memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21.

Sehubungan dengan itu, Sistem Guru Online telah menyediakan Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah (Semakan Tahun 2017) yang telah disediakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dimuat turun.

Dapatkan “Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah (Semakan Tahun 2017)” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah (Semakan Tahun 2017)

 

 

Semoga entri Skim Pinjaman Komputer Riba (SPKR) ini memberikan informasi yang bermanfaat kepada anda semua khususnya kepada pihak sekolah di Sarawak.