Sistem eProper. Untuk makluman semua, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah mengeluarkan Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2017 mengenai pelaksanaan Sistem ePROPER bagi melaksanakan urusan perkhidmatan secara atas talian (online) bagi Anggota Perkhidmatan Pendidikan (APP) yang dilantik di bawah bidang kuasa SPP iaitu bagi urusan perkhidmatan :
- Pengesahan Pelantikan Tetap (PPT)
- Pengesahan dalam Perkhidmatan (PDP)
- Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP)
- Pemberian Taraf Berpencen (PTB)
Sistem ePROPER merupakan sistem yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi membolehkan Ketua Jabatan di semua peringkat agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini dan hasrat SPP ke arah memudahkan urusan perkhidmatan APP, Sistem ePROPER telah dibangunkan bagi memastikan perakuan urusan perkhidmatan dilaksanakan secara dalam talian. Objektif pelaksanaan Sistem ePROPER adalah bagi mempercepat perakuan urusan perkhidmatan APP dan meletakkan kepercayaan kepada Ketua Jabatan yang telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan hal-hal perkhidmatan pegawai di bawah seliaannya.
Sistem ePROPER ini boleh dicapai melalui URL https://teratai.spp.gov.my
Berikut merupakan Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Bilangan 1 Tahun 2017 – Pelaksanaan Sistem ePROPER (Projek Rintis) :
Dapatkan “Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Bilangan 1 Tahun 2017 – Pelaksanaan Sistem ePROPER (Projek Rintis) ” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Bagi merujuk manual sistem, pegawai yang bertanggungjawab boleh memuat turun Manual Pengguna Sistem ePROPER (Projek Rintis) di capaian URL yang sama.
Sistem ePROPER ini hanya melibatkan urusan perkhidmatan pegawai yang penempatannya di kedua-dua agensi sahaja. Manakala agensi yang bukan bertaraf PTJ, perakuan urusan perkhidmatan sama ada PPT, PDP, PTP dan PTB hendaklah dilaksanakan secara manual.
Dengan pelaksanaan sistem ini, dokumen perakuan asal tidak perlu dikemukakan kepada SPP. Waiau bagaimanapun, dokumen tersebut perlu disimpan dengan teratur dalam fail peribadi pegawai.
Pekeliling ini terpakai untuk semua APP yang dilantik oleh SPP pada 1 Januari 2014 ke atas dan dilaksanakan oleh agensi berstatus PTJ.
PEKELILING INI BERKUAT KUASA MULAI 1 JUN 2017. Sehubungan dengan itu, dengan berkuat kuasanya pekeliling ini, maka Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Tahun 2016 (Projek Rintis) adalah DIBATALKAN.
Kesimpulannya, Sistem eProper ini dibangunkan bagi melaksanakan urusan perkhidmatan secara atas talian (online) bagi Anggota Perkhidmatan Pendidikan (APP) yang dilantik di bawah bidang kuasa SPP iaitu bagi urusan perkhidmatan yang telah dinyatakan.
SUMBER : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA