Senarai Kandungan Fail Panitia (Lengkap)

 

AAA

Senarai Kandungan Fail Panitia (Lengkap). Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Umum sedia maklum, setiap mata pelajaran mempunyai sistem pendokumentasiannya yang tersendiri. Namun, ia berpaksikan kepada fail asas, iaitu fail panitia. Fail panitia ini digunakan oleh semua guru panita setiap mata pelajaran. Sehubungan dengan itu, Sistem Guru Online mengongsikan senarai kandungan fail panitia yang lengkap untuk kemudahan dan rujukan kita bersama.

Terdapat 10 jenis fail yang perlu disediakan oleh setiap panitia Mata Pelajaran, iaitu :

  1. FAIL INDUK
  2. SUKATAN PELAJARAN (DSKP)
  3. MESYUARAT PANITIA
  4. PROGRAM KECEMERLANGAN
  5. PEPERIKSAAN
  6. PENYELIAAN/PENCERAPAN
  7. PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID
  8. AKTIVITI KOAKADEMIK
  9. BANK SOALAN
  10. MAKLUMAT GURU

10 jenis fail tersebut mempunyai isi kandungan yang berbeza. Berikut merupakan isi kandungan bagi setiap jenis fail :

01. FAIL INDUK

  1. Surat-surat perhubungan luar / dalaman
  2. Carta Organisasi JKKS dan JK Panitia
  3. Senarai nama guru mata pelajaran dan kelas
  4. Pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan panitia.
  5. ABM/Kewangan Panitia

02. SUKATAN PELAJARAN (DSKP)

  1. Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard
  2. Huraian Sukatan Pelajaran
  3. Rancangan Pelajaran Tahunan
  4. Senarai Bahan Bantu Belajar dan Kedudukannya
  5. Senarai buku teks dan rujukan.
  6. Rekod Pencapaian 100% Sukatan Pelajaran Diajarkan

03. MESYUARAT PANITIA

  1. Notis/Memo Panggilan Mesyuarat
  2. Notis/Memo Edaran Minit Mesyuarat & Borang Maklum Balas (Asal) berserta Minit Mesyuarat
  3. Kehadiran Mesyuarat
  4. Rekod Edaran Minit Mesyuarat
  5. Draf Minit Mesyuarat yang disemak oleh Pengerusi
  6. Maklum Balas Mesyuarat (Asal dan Terkini)

04. PROGRAM KECEMERLANGAN

  1. Pelan Strategik
  2. Laporan-laporan program
  3. Program Perkembangan Staf
  4. Kajian Tindakan (Jika ada)

05. PEPERIKSAAN

  1. Jadual peperiksaan
  2. Jadual penyedia soalan
  3. Analisis Peperiksaan Sekolah dan Peperiksaan Awam
  4. Analisis Headcount
  5. Post-Mortem / Audit Akademik

06. PENYELIAAN / PENCERAPAN

  1. Jadual Penyeliaan
  2. Borang penyeliaan
  3. Laporan kekuatan/kelemahan

07. PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID

  1. Jadual semakan
  2. Borang penyemakan
  3. Laporan kekuatan/kelemahan

08. AKTIVITI KOAKADEMIK

  1. Surat Menyurat
  2. Aktiviti tahunan
  3. Laporan aktiviti

09. BANK SOALAN

  1. Soalan-soalan peperiksaan sekolah
  2. Soalan-soalan setara daerah / negeri
  3. Soalan-soalan peperiksaan awam

10. MAKLUMAT GURU

  1. Jadual waktu persendirian
  2. Maklumat asas, akademik dan ikhtisas guru
  3. Sijil-sijil penyertaan/penghargaan panitia

CATATAN : Mulai Januari 2015, Panitia Mata Pelajaran hanya menggunakan 1 Fail Am 435-Pin1/80 untuk semua urusan surat-menyurat dan memo.

JADUAL DI BAWAH MENUNJUKKAN NAMA, KANDUNGAN DAN JENIS FAIL PANITIA:

  • (Sila klik pada gambar untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas)

SENARAI%2BKANDUNGAN%2BPANITIA%2BBAHARU%25283%2529

SENARAI%2BKANDUNGAN%2BPANITIA%2BBAHARU%25284%2529

MOHON PERHATIAN, di negeri Johor, kandungan panitia yang diperlukan dan telah diselaraskan oleh SPA dan SJQ adalah seperti berikut :

26167163 2236654966360448 4150825728478928256 n

Dapatkan “Senarai Kandungan Fail Panitia (Lengkap)” di sini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Senarai Kandungan Fail Panitia (Lengkap)

 

Selamat menyiapkan fail panitia anda. Semoga entri Senarai Kandungan Fail Panitia (Lengkap) ini dapat membantu anda sebagai panduan untuk menyiapkan fail panitia anda. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.