Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (Fully Residential School) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PT3 (menggantikan PMR mulai tahun 2014). Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar.
Ini adalah kerana pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama Inggeris / ala Inggeris (seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar) yang terbatas kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali SBP Premier, SBPI dan SMAP. Secara kasarnya 90% adalah untuk pelajar bumiputera manakala 10% lagi adalah untuk pelajar bukan bumiputera.
Di sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa. Pada setiap tahun, sudah menjadi tradisi setiap sekolah berasrama penuh untuk bertanding di Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh bagi merebut Piala Perdana Menteri.
SEJARAH
SBP Premier
Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan dan kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Tanah Melayu. Pada tahun tersebut “The Selangor Raja School” ditubuhkan sebagai memulakan langkah melahirkan elit Melayu daripada kalangan istana dan anak-anak pembesar negeri, menerusi pendidikan aliran Inggeris. Pada tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala Kangsar, yang sehingga hari ini dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK).
Sultan Perak (Sultan Idris) dalam Persidangan Raja-Raja (DURBAR) pada tahun 1903 yang mengkritik dasar pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal pendidikan orang Melayu dengan mengatakan ia “hanya menghasilkan petani dan nelayan Melayu yang lebih baik”. Sultan Perak sendiri telah menawarkan lokasi penubuhan MCKK di tapak sekarang ini, dengan tujuan “for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of the government service”. Pada tahun 1947, “Malay Girl College” ditubuhkan di Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah sehingga sekarang, mengambil sempena nama DYMM Raja Permaisuri Agong yang pertama.
Pada bulan September 1955, sebuah Jawatankuasa Pelajaran telah ditubuhkan yang akhirnya melahirkan Penyata Razak pada tahun 1956. Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan dan menghasilkan Ordinan Pelajaran 1957. Penyata Razak telah memperakukan penubuhan 6 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), iaitu:
- Sekolah Dato’ Abdul Razak(SDAR) – 1956
- Sekolah Tun Fatimah(STF) – 1956
- Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR) – 1957
- Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim(SMSAH) – 1963
- Sekolah Alam Shah (kini dinamakan Sekolah Sultan Alam Shah) (SAS) – 1963
- Sekolah Seri Puteri(SSP) – 1968
Pada tahun 1955, Kolej Islam Malaya telah ditubuhkan di atas tapak bekas istana, yang diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin ibni Sultan Sulaiman di Klang, Selangor. Pada tahun 1966, kolej ini berpindah ke Jalan Universiti di Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1967, setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai, kolej ini berpindah semula ke Klang dan diberi nama Kolej Islam Klang.
Pada tahun 1972, pentadbiran kolej ini diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dinamakan sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Semua 9 SBP tersebut telah dibina sebelum kewujudan SBP baru seperti Sekolah Menengah Sains(SMS), SBPI dan SMAP. Oleh itu, 9 SBP tersebut dikenali sebagai SBP terawal ataupun SBP Premier. Semua SBP Premier mengambil pelajar Tingkatan 1-5 kecuali KISAS yang hanya mempunyai Tingkatan 4,5 dan 6.
SBP Premier (Tambahan)
Pada tahun 2012, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) telah diiktiraf sebagai SBP Premier dan ini diikuti oleh Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) pada tahun 2013.
Sekolah Menengah Sains (SMS)
Konsep Sekolah Menengah Sains (SMS) mula ditubuhkan pada tahun 1973 apabila kemajuan pendidikan di kalangan murid-murid luar bandar, khususnya dalam bidang sains mendapat perhatian daripada para pemimpin negara. Kerana itu, antara projek penting yang perlu dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua dinyatakan sebagai: “an important project in the plan is the establishment of ten pilot residential secondary science schools to provide added educational opportunities for pupils from rural areas to pursue their education in science subjects.”
Justeru 10 buah SBP berikut telah dibina di dalam Rancangan Malaysia Kedua iaitu:-
- Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa(SEMOJI) (1973)
- Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin(SOKSEK) (1973)
- Sekolah Menengah Sains Selangor(SMSS) (1973)
- Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah(MOZAC) (1973)
- Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah(SEMSAS) (1973)
- Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud(SESMA) (1973)
- Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra(FARISPETRA) (1973)
- Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra(SYEDPUTRA) (1974)
- Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar(STJ) (1974)
- Sekolah Menengah Sains Johor(SCORE) (1975)
Sehingga akhir tahun 2000, jumlah SBP telah menjangkau ke angka 39 buah dengan kapasiti murid seramai kira-kira 25,000 orang dan jumlah guru seramai kira-kira 2,500 orang. Pada tahun 2002, Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir mula beroperasi sebagai SBP ke 40 di premis lama Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban yang berpindah ke bangunan barunya di Sungai Gadut, Seremban.
Pada tahun 2003, Sekolah Menengah Sains Seri Puteri dan Sekolah Menengah Sains Alam Shah ditubuhkan mengambil alih premis lama Sekolah Seri Puteri yang berpindah ke Cyberjaya dan Sekolah Sultan Alam Shah ke Putrajaya. Pada tahun 2014, Sekolah Menengah Sains Perempuan Serembuan mula beroperasi di premis lama Kolej Tunku Kurshiah yang berpindah ke Bandar Enstek
Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)
Konsep Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) mula ditubuhkan pada Januari 1982 atas cadangan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan Malaysia pada waktu itu, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman. Idea ini muncul kerana kesedaran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada ketika itu untuk membina sekolah Agama Islam di Kuala Lumpur. SMAP Labu merupakan SMAP pertama yang telah ditubuhkan pada tahun 1982.
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)
Konsep Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) mula ditubuhkan pada tahun 2002. Pada tahun 2002, 4 buah SMKA yang dinaik taraf sebagai SBP mula beroperasi. Sekolah-sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Konsep integrasi menggabungkan 3 aliran iaitu Aliran Sains Tulen, Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Sains Teknikal. 7 buah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) mula beroperasi pada tahun 2003 dan sebuah SBPI mula beroperasi pada tahun 2004.
Peruntukan SBP Baru
Bagi peruntukan SBP baru, terdapat peruntukan pembinaan SBP baru di bawah RMK-11 dan Bajet 2015. Di bawah Bajet 2015, sebanyak 2 SBP baru yang bakal dibina, manakala di bawah RMK-11, beberapa buah SBP akan dibina, seperti di Keningau, Sabah dan Manjung, Perak. Ini tidak termasuk pembinaan sekolah berasrama penuh agama yang bakal dibina di Perlis.
Bilangan SBP Kemasukan pelajar ke SBP
Sehingga kini, bilangan SBP di seluruh negara adalah sebanyak 69 buah sekolah (tidak termasuk 5 yang dalam perancangan atau pembinaan).
Pecahan SBP adalah seperti berikut:
- 11 SBP Premier(Zon Utara–MCKK,STAR,SMSAH; Zon Tengah–SAS,SSP,KISAS; Zon Selatan–SDAR,TKC,STF,Zon Timur–SMSTMFP,SESMA)
- 43 Sekolah Menengah Sains (SMS), ( tidak termasuk SMSTMFP dan SESMA),(termasuk SHAH,Pekan)
- 12 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), (termasuk SMSSI/ISKANDAR)
- 3 Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)
- 7 SBP masih dalam pembinaan atau perancangan (SBPI Tanah Merah, SBP Manjung, SBP Keningau, SBP Tangkak, SMS Segamat, SBP Pendang, SBP Agama Perlis)
Kemasukan Pelajar Ke SBP
Mulai 2016, semua SBP kecuali KISAS mengambil pelajar Tingkatan 1 dan kesemua SBP tersebut mempunyai pelajar Tingkatan 1-5. SMAP Labu mengambil pelajar Tingkatan 6 dan mempunyai pelajar Tingkatan 1-6. KISAS hanya mengambil pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 6 dan KISAS hanya mempunyai pelajar Tingkatan 4-6. 2 SBP mengambil pelajar IB Diploma. 2 SBP tersebut adalah MCKK dan TKC.
Mulai 2016, pengambilan pelajar Tingkatan 4 dikurangkan kepada 7 SBP sahaja dan ia bakal ditamatkan menjelang 2018 (PT3 2018) bagi menumpukan pengambilan pelajar Tingkatan 1 sahaja. Hal ini tidak melibatkan KISAS. Pelajar yang memohon ke Tingkatan 1 boleh memilih mana-mana SBP kecuali KISAS.
Pelajar yang memohon ke Tingkatan 4 hanya boleh memilih KISAS, SAMURA, SESTER, ASiS, SESERI, SASER dan SGS.
Aliran SBP (Menengah Rendah, Menengah Atas dan Pra-Universiti)
Kemasukan pelajar ke SBP
Menengah Rendah
Bagi tingkatan1-3, terdapat aliran Sains atau Sains Agama.
Aliran Sains Agama ditawarkan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan(SMAP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi(SBPI) termasuklah SMSSI.
Aliran Sains ditawarkan di Sekolah Menengah Sains(SMS) dan SBP Premier (MCKK,STAR,SAS,SDAR,TKC,STF,SSP,SMSAH,SMSTMFP,SESMA).
- Sains Agama- SMAP, SBPI(termasuk SMSSI)
- Sains- SMS, SBP Premier(kecuali KISAS)
Menengah Atas
Bagi tingkatan 4-5, terdapat aliran Sains Tulen, Sains Teknikal, Sains Sosial, Sains Tulen Agama, dan Agama Ikhtisas. Sekolah Menengah Sains(SMS) menawarkan aliran Sains Tulen, Sains Teknikal(SMS tertentu) dan Sains Sosial(SGS).
SBPI(termasuk SMSSI) menawarkan aliran Sains Tulen, Sains Teknikal dan Sains Tulen Agama.
SMAP menawarkan aliran Sains Tulen Agama. KISAS menawarkan aliran Sains Tulen Agama dan Agama Ikhtisas. SBP Premier menawarkan aliran Sains Tulen dan Sains Teknikal(SMSAH)
- Sains Tulen- SBP Premier, SMS, SBPI
- Sains Teknikal-SBP Premier(SMSAH), SMS tertentu,SBPI
- Sains Tulen Agama-SMAP, KISAS, SBPI
- Sains Sosial-SGS, SHAH Pekan
- Agama Ikhtisas-KISAS
Pra-Universiti
Terdapat 2 SBP yang mengambil pelajar Tingkatan 6 bagi aliran STPM atau STAM iaitu, KISAS dan SMAP Labu. Selain itu, terdapat 2 SBP yang menawarkan program IB Diploma bagi pelajar lepasan SPM, iaitu MCKK dan TKC.
- STPM-KISAS, SMAP LABU
- STAM- KISAS
- IB Diploma- MCKK, TKC
Kurikulum antarabangsa (IB Middle Year Programme)
MCKK, TKC dan SMSTMFP juga dipilih sebagai 10 buah sekolah perintis KPM bagi menjalankan program IB Middle Year Programme yang dijadualkan mendapat pengiktirafan menjelang tahun 2016.
Trivia dan Fakta Ringkas SBP
Fakta ringkas SBP adalah seperti berikut:
- 1 SBP mempunyai pelajar Menengah Atas
- 2 SBP mempunyai pelajar Tingkatan 6(SMAP Labu dan KISAS)
- 6 SBP adalah “all boys school” manakala 6 SBP adalah “all girls school”.
- SBPIhanya menawarkan aliran agama bagi menengah rendah, tetapi menawarkan aliran sains tulen, aliran sains teknikal dan aliran sains tulen agama bagi menengah atas. Oleh itu, pelajar yang tidak mengambil Bahasa Arab sewaktu PT3 boleh memasuki SBPI di Tingkatan 4 dalam bidang sains tulen atau sains teknikal.
- SBP yang mempunyai jumlah pelajar satu batch terbesar adalah SAMURAdengan lebih 300 pelajar Tingkatan 4 diterima masuk setiap tahun. Terdapat lebih 10 kelas bagi setiap batch di SAMURA.
- SEMSAS dan SHAH Pekanadalah 2 SBP yang berbeza di 2 bandar (Pekan dan Kuantan) walaupun mempunyai nama sekolah yang hampir sama.
- SMSSIadalah sebuah SBPI walaupun mempunyai nama Sekolah Menengah Sains kerana mendapat titah perintah Sultan Johor untuk pertukaran nama sekolah
- Wind Orchestrahanya terdapat di SBP tertentu sahaja, iaitu di SMS tertentu dan SBP Premier (kecuali KISAS)
- Pilihan bahasa antarabangsa bergantung di SBP tertentu.(Arab, Mandarin, Jepun, Jerman, Perancis,Korea). Ia hanya melibatkan pengambilan pelajar Tingkatan 1 sahaja.
- SHAH Pekanmerupakan SBP dan sekolah yang terbesar di Malaysia. SHAH Pekan pernah direkodkan sebagai sekolah yang terbesar di Asia Tenggara.
- SBP yang mempunyai kolam renangadalah MCKK
- TKCmerupakan satu-satunya SBP yang mempunyai arena sukan dan olahraga bertaraf antarabangsa mengikuti piawaian IAAF – International Association of Athletics Federations yang dinamakan Tunku Arishah Sports Arena (TASA)
- Mulai 2016, semua SBP kecuali KISAS menerima pelajar tingkatan 1 dan 7 SBP (KISAS,SASER,ASIS,SESERI,SGS,SAMURA,SESTER) mengambil pelajar tingkatan 4.
SBP Tahfiz Model Ulul Albab
Pada tahun 2014, SMAP Bentong telah mendapat status Tahfiz Model Ulul Albab. Bagi SBP tersebut, ia menyasarkan para pelajar untuk menjadi hafiz dalam tempoh 5 tahun persekolahan. Ini diikuti oleh SBPI Rawang pada tahun 2015 dan SBPI Batu Rakit pada tahun 2016.
- SMAP Bentong
- SBPI Rawang
- SBPI Batu Rakit
- SBPI Selandar
Falsafah SBP
Pendidikan di sekolah berasrama penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar berpontensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.
Matlamat SBP
- Mewujudkan peluang untuk pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan dari luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.
- Memperbanyakkan peluang pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.
- Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.
- Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.
- Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampanan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja.
- Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan SBP.
- Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang.
- Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SBP.
- Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana.
- Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi mewujud tuntutan wawasan 2020.
SBP di Malaysia
Sekolah berasrama penuh | Tingkatan | Singkatan |
Sekolah Tuanku Abdul Rahman | Tingkatan | STAR |
Kolej Melayu Kuala Kangsar (The Malay College Kuala Kangsar) | Tingkatan | MCKK |
Kolej Tunku Kurshiah | Tingkatan | KTK, |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit | SBPIBR, | |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak | SBPIGBK, | |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng | SBPIGPG, | |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol | SBPIJ, | |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan | SBPIK, | |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu | SBPIKP, | |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang | SBPIR, | |
Sekolah BerasramaPenuh Integrasi Sabak Bernam | SBPISB, | |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar | SBPIS, | |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh | SBPIT, | |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak | SBPITAR, | |
Sekolah Dato’ Abdul Razak | SDAR | |
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong | SUPERB | |
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang | SMAPK | |
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu | Tingkatan | SMAPL |
Sekolah Menengah Sains Alam Shah | SMSAS, | |
Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh | SABDA | |
Sekolah Menengah Sains Banting | BASiS | |
Sekolah Menengah Sains Batu Pahat | Tingkatan | SEHEBAT |
Sekolah Menengah Sains Dungun | SMSD, | |
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor | SEMASHUR | |
Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu | SAHUT | |
Sekolah Menengah Sains Jeli | JeSS | |
Sekolah Menengah Sains Johor | SCORE | |
Sekolah Menengah Sains Kepala Batas | Tingkatan | SMSKB, |
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi | SAKTI | |
Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor | KUSESS | |
Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu | SESTER | |
Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu | Tingkatan | SMSKP |
Sekolah Menengah Sains Kuching | SAINSKU | |
Sekolah Menengah Sains Kuching Utara | SAKURA | |
Sekolah Menengah Sains Labuan | SMSL, | |
Sekolah Menengah Sains Lahad Datu | SMSLD, | |
Sekolah Menengah Sains Machang | SMACH | |
Sekolah Menengah Sains Miri | SMSM, | |
Sekolah Menengah Sains Muar | SAMURA | |
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah | SMSMS, | |
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh | SMSPP, | |
Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban | SGS | |
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena | SMSPS, | |
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah | SERATAS | |
Sekolah Menengah Sains Rembau | SEMESRA | |
Sekolah Menengah Sains Sabah | SMESH | |
Sekolah Menengah Sains Selangor | SMSS | |
Sekolah Menengah Sains Sembrong | SASEM | |
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri | SESERI | |
Sekolah Menengah Sains Setiu | SAIS | |
Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah | SEMSAS | |
Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar | SMSSI, | |
Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud | SESMA | |
Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa | SMSSMJ, | |
Sekolah Menengah Sains Tapah | SESTA | |
Sekolah Menengah Sains Teluk Intan | SEMESTI | |
Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub | SEMESTA | |
Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra | Tingkatan | SMSTMFP |
Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar | STJ | |
Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir | SASER | |
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra | SYED PUTRA | |
Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh shahabudin | SMSTSSS, SOKSEK, TUNASS | |
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim | SMSAH | |
Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan | SHAH Pekan | |
Sekolah Seri Puteri | SSP | |
Sekolah Sultan Alam Shah | SAS, SSAS | |
Kolej Islam Sultan Alam Shah | Tingkatan 4-6 | KISAS, SASIC |
Sekolah Tun Fatimah | STF | |
Sekolah Menengah Sains Gua Musang | GUAMS | |
SBPI Tanah Merah | ||
SBP Pendang | ||
SBP Manjung | ||
SBP Keningau | ||
SBP Agama Perlis | ||
SBP Alor Gajah | ||
SBP Segamat | ||
SBP Ledang | ||
SBP Jerantut |