Program Susu 1Malaysia (PS1M). Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan salah satu bantuan pembelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Program Susu 1Malaysia (PS1M).
Program Susu 1Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Program Susu Sekolah, PSS) dilaksanakan sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (kini Kementerian Pendidikan Malaysia) sejak 1983. Ianya merupakan sebahagian daripada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang bertujuan untuk menggalakkan amalan minum susu di kalangan murid-murid sekolah rendah. Pada 9 Julai 2010 program ini dimulakan dengan penjenamaan semula di bawah nama Program Susu 1Malaysia (PS1M).

Dapatkan “Dokumen yang Berkaitan Program Susu 1Malaysia (PS1M)” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :Â
- Buku Panduan Pengurusan Susu 1Malaysia
- Buku Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu
Sehubungan dengan itu, diharapkan agar guru-guru dan ibu bapa sedia maklum berkaitan Program Susu 1Malaysia (PS1M) ini.
SUMBER : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA