Program Penajaan yang Ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM

 

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.

Program Penajaan yang Ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan berkaitan program-program penajaan yang ditawarkan oleh Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang ingin mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah (Ijazah Sarjana dan Kedoktoran).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan program penajaan/Cuti Belajar kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah (Ijazah Sarjana dan Kedoktoran) bertujuan untuk membangunkan warga pendidik yang kompeten bagi memenuhi keperluan strategik pendidikan negara demi memartabatkan Profesion Keguruan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Tahun 2013-2025.

Pemberian penajaan atau kemudahan Cuti Belajar juga merupakan satu bentuk penganugerahan dan pengiktirafan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang menunjukkan prestasi cemerlang dan berpotensi untuk menyumbangkan idea baharu serta kreatif dan berinovasi khusus dalam bidang yang diperlukan oleh Kementerian. Setiap tahun, perancangan penajaan dan kelulusan Cuti Belajar bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) adalah diselaraskan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) serta Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) bertepatan dengan Perancangan Strategik Penajaan Dalam Pembangunan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) “Strategic Canvas”.

Antara 3 program penajaan utama yang ditawarkan oleh Bahagian Tajaan Pendidikan KPM adalah :

  1. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB)
  2. Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)
  3. Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS)

Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) merupakan program yang dibuka tawarannya kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Universiti Awam di dalam dan luar negara.

PPP yang berjaya ditawarkan program ini layak diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36 iaitu selama 2 tahun (4 semester) bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana serta 3 tahun (6 semester) bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran.

01. Program Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Biasiswa (CBB DB)

Di bawah program Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB), PPP yang berjaya akan menerima penajaan yuran pengajian serta elemen biasiswa sepanjang tempoh pengajian.

Selain itu, KPM turut menawarkan satu program khas di bawah CBBP DB iaitu Sarjana Kaunseling (Dalam Penyalahgunaan Dadah) atau lebih dikenali sebagai SPADA. Program SPADA ini adalah usahasama Kementerian dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk mempertingkatkan kemahiran guru kaunseling khususnya dalam menangani masalah penagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah. Pegawai yang ditawarkan program ini akan mengikuti pengajian selama 2 tahun atau empat (4) semester.

02. Program Cuti Belajar Bergaji Penuh tanpa Biasiswa (CBB TB)

Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) tidak menawarkan sebarang elemen biasiswa sama ada pembiayaan yuran pengajian ataupun biasiswa sepanjang tempoh pengajian.

03. Program Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS)

Program Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) ialah program penajaan yang ditawarkan kepada PPP yang berhasrat atau sedang melanjutkan pengajian secara separuh masa atau sambilan di universiti awam. Tempoh penajaan yang diberikan kepada pegawai adalah maksimum sehingga 3 tahun (6 semester) bagi pengajian peringkat Sarjana dan sehingga 5 tahun (10 semester) bagi pengajian peringkat Kedoktoran. PPP yang menerima tawaran HLPS berkelayakan untuk menerima penajaan Yuran Pengajian, Elaun Buku dan Elaun Tesis.

Sehubungan dengan itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) perlulah meneliti syarat-syarat untuk memohon program penajaan yang ditawarkan oleh Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia ini dengan merujuk kepada syarat-syarat permohonan program yang ingin dimohon. Semoga entri Program Penajaan yang Ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM memberikan kefahaman anda berkaitan program-program tajaan pendidikan yang ditawarkan oleh KPM.

SUMBER : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>