Pengambilan Guru Interim di Sekolah Menengah & Sekolah Rendah Negeri Sabah Tahun 2018 oleh KPM

Iklan Pengambilan Guru Interim di Sekolah Menengah & Sekolah Rendah Negeri Sabah Tahun 2018 oleh KPM

Untuk makluman semua, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah akan melantik Guru Interim pelbagai opsyen bagi tahun 2018. Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengisi jawatan Guru Interim di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Negeri Sabah bagi tahun 2018, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kalangan graduan pasaran terbuka.

Pengambilan Guru Interim di Sekolah Menengah & Sekolah Rendah Negeri Sabah Tahun 2018 oleh KPM

Syarat-syarat Kelayakan Asas Guru Interim

  • Warganegara Malaysia berasal dari Sabah.
  • Berumur tidak melebihi 32 tahun pada 1 Februari 2018
  • Memiliki kelulusan ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Memiliki kelulusan kredit Bahasa Melayu dan lulus Ujian Lisan Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia SPM.
  • Lulus dalam Ujian Psikometrik yang akan dilaksanakan oleh pihak IPGM.
  • Lulus temuduga yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Maklumat Jawatan Guru Interim Sabah

  • Jawatan/Gred : Guru Interim DC 41
  • Bayaran Upahan : Elaun Bulanan Sebanyak RM2,149.03 (Ijazah Kepujian) atau RM1,944.62 (Ijazah Am)
  • Elaun/ Insentif lain : Berdasarkan kelayakan dan pekeliling yang sedang berkuatkuasa.

Senarai Bidang Penawaran Pengkhususan Bagi Guru Interim di JPN Sabah

  • Pengajian Islam/ Bahasa Arab
  • Bahasa Melayu/ Kesusasteraan
  • Sejarah
  • Geografi
  • Pendidikan awal Kanak-kanak/ Prasekolah
  • Teknologi Maklumat/ Pengaturcaraan Komputer
  • Pendidikan Moral
  • TESL/ Bahasa Inggeris
  • Prinsip Akaun
  • Pendidikan Khas

Maklumat Tambahan

Pemohon yang ditarakan jawatan Guru Interim hendaklah :

  1. Bersetuju dan patuh kepada syarat-syarat penrjanjian intertim serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.
  2. Bersetuju ditempatkan di seluruh negeri Sabah.
  3. Dikehendaki berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di sekolah yang ditetapkan.
  4. Bagi yang belum memiliki iktisas pendidikan dikhendaki mengikuti Kursus Dalam Cuti KDC dengan Pembiayaan Sendiri di Institusi Pendidikan yang ditetapkan.

Calon Tidak Layak Memohon

  1. Diisytiharkan muflis atau pernah disabitkan kesalahan penyalahguaan dadan dan kesalahan jenayah.
  2. Pernah mengikuti program iktisas KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  3. Pernah meletakkan jawatan dalam perkhidamatan kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan PPP DG41.

 

Cara Membuat Permohoan Guru Interim Negeri Sabah

Hantarkan Resume beserta salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan ke alamat berikut : 

a) Bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab

Sektor Pendidikan Islam,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,
Tingkat 5, Rumah Persekutuan,
Jalan Mat Salleh,
88604 Kota Kinabalu Sabah.

b) Bidang-bidang lain

Sektor Pengurusan Sekolah,
Aras 2, Wisma Jabata Pendidikan,
Jalan Punai Tanah, Likas, 88450 Kota Kinabalu Sabah.

Resume berserta gambar ukuran passport dan dokumen hendaklah sampai sebelum atau pada 12 Januari 2018 (Jumaat). Sebarang kelewatan tidak akan dilayan.

Kepada para rakan-rakan sekalian, mohon sebarkan segera kepada semua. Semoga ada yang dapat membantu mereka yang belum mendapat pekerjaan lagi. Semoga berjaya dan selamat maju jaya.

Surat Siaran Pengambilan Guru Interim di JPN Sabah

Surat Siaran Pengambilan Guru Interim di JPN Sabah Surat Siaran Pengambilan Guru Interim di JPN Sabah Surat Siaran Pengambilan Guru Interim di JPN Sabah

Untuk lihat lebih jelas, sila tekan pada gambar dan anda akan dapatkan view penuh yang lebih jelas dan besar. Semoga bermanfaat.