Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini
"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
Dapatkan Update SGO Melalui Whatsapp
Panduan Pelaksanaan Saringan LINUS2.0 bagi Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan informasi berkaitan perubahan saringan LINUS2.0 iaitu Program Literasi dan Numerasi (LINUS) mulai Tahun 2016.
Program LINUS adalah sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dalam Program Transformasi Kerajaan merupakan satu kesinambungan daripada program yang sedia ada bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M dengan lebih sistematik. Pelaksanaan Program LINUS mensasarkan 100% murid Tahun 3 menguasai kemahiran Literasi dan Numerasi sebelum naik ke tahun 4 melalui Tahun 2013 kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK).
Umum sedia maklum, program LINUS2.0 dengan peluasan skop merangkumi literasi bahasa Inggeris telah mula dilaksanakan pada tahun 2013 melibatkan semua murid Tahap I. Program LINUS2.0 ini dilaksanakan bertujuan memastikan semua murid menguasai kemahiran asas literasi bahasa Melayu, literasi bahasa Inggeris dan numerasi pada akhir tempoh persekolahan Tahap I di sekolah rendah.
Pelaksanaan Program LINUS2.0 melibatkan semua murid Tahap I melalui saringan bagi literasi bahasa Melayu, literasi bahasa Inggeris dan numerasi sebanyak 2 kali setahun. Murid yang telah menguasai asas literasi bahasa Melayu, literasi bahasa Inggeris dan numerasi boleh mengikuti pengajaran dan pembelajaran arus perdana, manakala murid yang belum menguasai asas literasi bahasa Melayu, literasi bahasa Inggeris dan numerasi akan mengikuti intervensi pemulihan.
Berdasarkan Surat Siaran Bil 4/2016 – Perubahan Saringan LINUS, MULAI TAHUN 2016, perubahan saringan melibatkan semua murid Tahun 1 dan Tahun 2 bagi literasi bahasa Melayu dan numerasi Saringan LINUS2.0 Tahun 2016 adalah seperti berikut:
- Saringan literasi bahasa Melayu dan numerasi Tahun 1 dan Tahun 2 dilaksanakan sekali setahun iaitu pada bulan Ogos hingga September setiap tahun;
- Saringan literasi bahasa Melayu dan numerasi Tahun 3 dikekalkan 2 kali setahun iaitu Saringan 1 pada bulan Mac hingga April dan Saringan 2 pada bulan Ogos hingga September setiap tahun
- Saringan literasi bahasa Inggeris Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 dikekalkan 2 kali setahun iaitu Saringan 1 pada bulan Mac hingga April dan Saringan 2 pada bulan Ogos hingga September setiap tahun.
Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Melayu dan Matematik Tahun 1 dijadikan asas pengukuran tahap penguasaan literasi bahasa Melayu dan numerasi untuk murid Tahun 1 bagi mengenal pasti murid yang perlu mengikuti intervensi pemulihan sebelum menduduki saringan. Manakala murid Tahun 2 yang mengikuti intervensi pemulihan ditentukan melalui keputusan saringan tahun sebelumnya.
Dapatkan ” Surat Siaran Bil 4/2016 – Perubahan Pelaksanaan Saringan LINUS2.0 Mulai Tahun 2016 bagi Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
SUMBER : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sehubungan dengan itu, dengan berkuatkuasanya surat siaran ini, maka surat siaran terdahulu Kementerian Pendidikan Malaysia [KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld. 4(45) bertarikh 20 Februari 2013] adalah DIBATALKAN.
Semoga perkongsian berkaitan Panduan Pelaksanaan Saringan LINUS2.0 bagi Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia ini memberikan anda kefahaman berkaitan perubahan yang telah berlaku dalam saringan bagi LINUS 2.0 mulai Tahun 2016.
Sekian, terima kasih.
SISTEM GURU ONLINE
Komuniti Pendidikan Malaysia