Modul Multimedia dalam PdPc STEM Abad 21

 

STEM

Modul Multimedia dalam PdPc STEM Abad 21. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, saya berkongsi berkaitan Modul Multimedia dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) STEM Abad 21 (PAK21). Modul ini telah diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 28 Ogos 2017 (Pelancaran Modul) yang ditulis oleh 10 orang guru yang pakar dalam penggunaan teknologi dalam PdPc.

STEM%2B%25281%2529

Walaupun modul ini khusus kepada mata pelajaran STEM iaitu Science, Technology, Engineering and Mathematics, namun ia juga SANGAT SESUAI untuk dijadikan sebagai rujukan kepada guru semua mata pelajaran sama ada pada peringkat rendah atau menengah dalam menggunakan teknik-teknik pengintegrasian TMK dalam PdPc.

Ini kerana modul ini mempunyai kandungan dan tutorial yang sangat baik dalam menunjukkan langkah-langkah menggunakan teknologi (khususnya) untuk diintegrasikan dalam PdPc agar PdPc lebih “bermakna” dan efektif selaras dengan Anjakan Ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 iaitu Memanfaatkan Teknologi Komunikasi Maklumat bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia.

stem
Muka Hadapan Modul Multimedia dalam PdPc Abad 21

Modul Multimedia dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) STEM Abad ke-21

Modul ini mempunyai tutorial yang terbaik dan terperinci dalam menyediakan langkah-langkah menggunakan unsur TMK dalam PdPc. Antara kandungan yang terdapat dalam modul ini adalah TUTORIAL LENGKAP bagi kaedah seperti berikut 👇

  1. Teknik “Mirroring”
  2. Digital Ink
  3. Video Editor – Youtube Editor dan VivaVideo
  4. Green Screen
  5. Google Classroom
  6. Quizziz
  7. Formative
  8. Plickers
  9. EDpuzzle
  10. H5P (HTML 5 Packages)
  11. Vizia

Modul ini diselaras oleh Puan Norwani binti Mamad daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dan ditulis oleh 10 orang guru iaitu seperti gambar di bawah :

Buku%2BModul%2BMultimedia%2B%2528New2%2529%25288%2529
Penyelaras dan Penulis-penulis Modul Multimedia dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) STEM Abad ke-21

Sehubungan dengan itu, MODUL INI BOLEH DIMUAT TURUN MELALUI PAUTAN MUAT TURUN yang telah disediakan.

Dapatkan “Modul Multimedia dalam PdPc STEM Abad 21” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Modul Multimedia PdPc STEM Abad 21

 

Selamat memuat turun dan mengaplikasikan ilmu yang terdapat dalam Modul Multimedia PdPc STEM Abad 21 ini dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) anda.